Saturday, August 15, 2009

-Syabas...

Program Salam Rakyat Erat Silaturahim Pemimpin Dan Rakyat.

SHAH ALAM, 14 Ogos - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengadakan lawatan pertamanya dalam program Salam Rakyat iaitu siri jelajah beramah mesra bersama penduduk kampung.

Program seharian ini bertujuan mengeratkan silaturahim antara Menteri Besar dan rakyat di setiap daerah di Selangor yang bermula di daerah Sepang.“Lawatan itu bertujuan dapat mengadakan perbincangan dengan ketua kampung dengan ahli majlis dengan pemimpin masyarakat agar saya sebagai menteri besar dapat tahu masalah secara terus dan rintihan walaupun usaha ini tidak mengetahui seratus peratus namun dapat gambaran tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat setempat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi dialog bersama rakyat, di Dewan Orang Ramai, Sepang, pagi tadi.
Katanya, dengan cara itu Kerajaan Negeri boleh membantu untuk selesaikan masalah dan menyalurkan bantuan kebajikan kepada penduduk di sini.Lawatan berterusan di setiap daerah ini akan diadakan pada hari Jumaat bagi memudahkan Menteri Besar dan Exco mengerjakan solat Jumaat bersama rakyat.

“Pada setiap hari Jumaat dilapangkan supaya menteri besar dan ahli-ahli Exco turun di lapangan supaya dapat menghampiri rakyat dengan lebih dekat lagi,” katanya.
Hampir seratus orang terdiri dari Ketua Kampung dan Jawatan Kuasa Kampung menghadiri sesi dialog ini bagi mengutarakan permasalahan yang dihadapi di kampung masing-masing.
Sesi tersebut turut dihadiri wakil dari Jabatan-jabatan kerajaan seperti, Pegawai Daerah, Jabatan Pengaliran dan Saliran, Jabatan Pertanian, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kerja Raya dan Syabas.

Dalam sesi soal jawab tersebut, banyak isu yang telah dikemukakan oleh ketua kampung terutamnya soal isu kecurian pasir yang berlaku di kawasan Sepang, pemilikan tanah, sungai dan kemudahan awam. Sebelum itu, beliau merasmikan perhimpunan bulanan bersama penjawat awam negeri di Pejabat Daerah Sepang.

Dalam ucapan perasmian, beliau menasihati pegawai awam agar memberi kerjasama dengan orang ramai dalam melaksanakan sebarang urusan.Menurutnya, Sepang juga merupakan lokasi yang baik untuk perlancongan kerana mempunyai beberapa tempat tumpuan pelancong asing.

Perhimpunan turut dihadiri seramai 100 orang penjawat awam di Daerah Sepang. Turut hadir Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembagunan Usahawan, Yaakob Sapari.-

Ditulis oleh : KEMALIA OTHMAN

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: