Monday, August 24, 2009

-YB Yaakob Sapari ADUN Prihatin dan Penyayang.

YB Yaakob Sapari Turun Padang Tinjau Peniaga Bazar Ramadan.



SHAH ALAM, 23 Ogos - Biasanya orang ramai atau pengunjung akan menerima sumbangan juadah berbuka puasa, namun di tapak bazaar Ramadan TTDI, lain pula yang berlaku. Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari yang turun padang petang semalam, begitu prihatin terhadap golongan peniaga dan menyampaikan buah kurma kepada mereka untuk berbuka puasa.


Beliau yang juga ADUN Kota Anggerik berkata, ia sebagai satu usaha merapatkan hubungan.wakil rakyat dengan peniaga yang turut mengerjakan ibadat puasa pada bulan ini.
“Saya turun ke gerai-gerai untuk berjumpa sendiri dengan peniaga-peniaga bazaar Ramadan,” katanya.Dalam lawatan itu, Yaakob turut menyampaikan bubur lambuk kepada orang ramai di Masjid Al-I’tisam.


Bubur lambuk yang disediakan oleh kakitangan masjid berkenaan pada setiap Ahad, diberikan secara percuma kepada penduduk di kawasan sekitar setiap tahun.
“Bubur lambuk di masjid TTDI ini setiap hari ahad akan beri bubur lambuk percuma kepada masyarakat sekeliling. Ini usaha yang baik sebab tahu fadhilat memberi makan amat besar bagi mereka,” katanya.Dalam pada itu, kata Yaakob berpuashati kerana aktiviti perniagaan di bazaar Ramadan pada masa ini, dikuasai oleh golongan muda.
Peniaga yang ditemui pula merasa terharu dengan tinjauan wakil rakyat mereka yang inilah yang diharapkan agar wakil yang dipilih ini, turun padang sambil melihat sendiri kegiatan yang berlaku.

“Kita orang sangat berpuas hati, kita tengok dulu pemerintahan, ini firstime kerajaan parti pembangkang, saya menunggukan perkara yang baik,” kata peniaga bazaar, Mohd Azhar Matzam.“Terima kasih kerana YB sanggup turun melihat kita meniaga, kalau boleh itulah yang kita hendak, sokongan dari dia, untuk melihat sendiri kita meniaga di bulan Ramadan ini,” kata Rosli Norani.-ATIQAH YAACOB (TVSELANGOR)

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: