Friday, August 14, 2009

-Khir Toyo 2 x 5 dengan Samy vellu tutup Tempat Beribadat...

Dalam satu temubual khas bersama akhbar Makkal Osai, bekas Menteri Besar Dr Khir Toyo berkata Presiden MIC Datuk S Samy vellu menelefon beliau pada suatu malam sekitar jam 11 dan meminta supaya sebuah kuil di Selangor dirobohkan.

"Dia (Samy Vellu) kata orang-orang Hindraf berkumpul di kuil itu dan menjadikan perhimpunan itu kepada protes," kata Khir kepada Makkal Osai.
"Samy kata dia mahu kuil itu dirobohkan untuk menyekat dan tidak memberi ruang kepada mereka," dedah Khir lagi.

Perobohan itu berlangsung sebelum Deepavali 2007 dan mengundang kemarahan masyarakat India. Perobohan ini adalah menjadi pencetus utama masyarakat India bingas bangun dan membawa kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam PRU12.
"Oleh kerana pemimpin masyarakat India yang membuat permohonan itu, saya mengarahkan Setiausaha Negeri untuk mengeluarkan arahan sewajarnya," katanya.

Jangan Lupa Khir Toyo pernah menasihati DYMM supaya menutup surau Ar-Rahmah Seksyen 8, di Shah Alam. Alhamdulillah kini surau berkenaan telah dibuka semula Selepas Pakatan Rakyat memenangi majoriti kerusi DUN Selangor pada Pilihanraya ke-12 sekaligus memimpin Kerajaan Negeri Selangor.

Notis tersebut berbunyi :

Tarikh: 10-9-2007

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA SURAU AR-RAHMAH SEKSYEN 8, SHAH ALAM

Assalamualaikum Wmt. Wbt.,

Bagi menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dengan ini Majlis Agama Islam Selangor mengarahkan surau ini ditutup sementara waktu bermula dari tarikh notis ini bagi tujuan menyelesaikan segala permasalahan dalaman pentadbiran dan pegelolaan surau. Surau ini akan dibuka semula pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Para jemaah dipersilakan ke Masjid Negeri kerana jarak perjalanan dari seksyen 8 ke Masjid Negeri tidak begitu jauh.

Semua orang hendaklah mematuhi arahan ini.
Sekian, dimaklumkan.

“AMANAH, PRIHATIN, MESRA”“MENGHARAP KEREDHAAN ALLAH”

Saya yang menurut perintah,
(DATO’ HJ. MOHAMMED KHUSRIN BIN H. MUNAWI)
Setiausaha,Majlis Agama Islam Selangor.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: