Friday, August 14, 2009

-Al-Fatihah..

Penyanyi Utama Rabbani Meninggal Dunia.

Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung. Asri juga selaku penyanyi utama Rabbani pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit sidang media program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital berkenaan.Menurut salah seorang anggota Rabbani, Asri Ubaidullah, Allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh tadi. Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan kesakitan tersebut, kata anggota Rabbani itu. Sewaktu tiba di kompleks RTM pagi tadi, Asri sudah dalam keadaan lemah tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut yang akan disiarkan pada bulan Ramadan .Difahamkan, jenazah beliau akan dibawa Bukit Lancong dekat Shah Alam.. Ibu allahyarham, yang berkerusi roda, kelihatan masuk ke Hospital Pantai, kira-kira jam 1 tengah hari .

Dua hari lalu, Asri bersama anggota Rabbani yang lain menghadiri majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan Ramadan yang bakal tiba nanti.Rabbani akan mengadakan persembahan sepanjang Ramadan di Hotel Singgahsana sambil menghiburkan para pengunjung yang hadir serta menikmati hidangan yang bertemakan 'Citarasa Ramadan 1 Malaysia' bermula 1 Ramadan nanti.Rabbani telah bekerjasama dengan Hotel Singgahsana selama 18 tahun dan sejak itu Rabbani telah menghiburkan para pengunjung hotel tersebut yang datang untuk berbuka puasa dengan persembahan 'live' mereka.

Dalam sidang media itu, Asri berkata, mengadakan persembahan di Hotel Singgahsana merupakan satu ibadah bagi dirinya."Saya rasa ibadah puasa saya tidak lengkap jika tidak mengadakan persembahan di hotel ini. Orang kata bulan puasa kalau boleh kurangkan bekerja, banyakkan ibadah, tetapi pada saya ini merupakan ibadah saya," katanya.Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.Arwah meninggalkan seorang balu, Haliza Shahadan, 38, dan enam orang anak.Asri menyertai Rabbani sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: