Thursday, August 27, 2009

-Pengundi tolak BN-Umno bukannya tolak pembangunan.

Muhyiddin Pecah Tembelang
Oleh: Ustaz Idris Ahmad


Kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kecewa dengan kekalahan teruk Umno di Permatang Pasir memperjelaskan lagi sikap berdolak dalik dan ketidakikhlasan Umno dalam membantu rakyat.Dalam kenyataan beliau yang dipetik Bernama, Muhyiddin memfitnah penduduk Permatang Pasir sebagai pengundi yang tidak mahukan perubahan dan menolak pembangunan.Kenyataan berbaur dendam itu diluahkan setelah mengetahui Calon PAS-PAS, Ust. Mohd Salleh Man berjaya menewaskan Calon BN-Umno, Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi.

Semasa berkempen, Muhyiddin bersama jentera Umno menyatakan bahawa “Permatang Pasir anak Emas Kerajaan BN’. Merata ceramah dan poster-banner menggunakan slogan ini. Slogan yang sama digunakan di Manik Urai.Namun, penduduk Permatang Pasir lebih cerdik dan membuat pilihan tepat dengan mengekalkan DUN berkenaan dibawah kepimpinan PAS dengan majoriti yang besar.Setelah gagal dengan Slogan ‘Anak Emas’ kini, Umno memecahkan tembelang sebenar mereka dan menjadikan Permatang pasir sebagai ‘Anak Betong’ pula.Begitulah tabiat buruk Umno yang tidak pernah Ikhlas untuk berjuang bagi kesenangan rakyat. Bila mahukan undi mereka tabur apa sahaja termasuk duit palsu dan janji palsu. Bila kalah mereka melatah dan memfitnah pengundi dengan bermacam-macam perkataan.

Hakikatnya pengundi tolak BN-Umno bukannya tolak pembangunan.Akhirnya janji pembangunan BN tidak ke mana. Mujurlah Permatang Pauh tidak jatuh pada BN-Umno. Pakatan Rakyat mengucapkan terima kasih kepada para pengundi yang memberikan mandat kepada PAS mewakili Pakatan Rakyat dan seterusnya kepada para petugas yang bertungkus lumus membantu Pakatan Rakyat mempertahankan kerusi DUN Permatang Pasir demi kesejahteraan rakyat.(Detikdaily)

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: