Monday, November 23, 2009

Ada MuNkeE Yang Sedang Menggoyang Pokok Di Kelantan!!





Jika Bernama melaporkan Tuan Guru Nik Aziz menafikan laporan Utusan bahawa Husam Musa berhasrat meletak jawatan, laporan mStar juga membawa berita yang sama. Cuma penafian dalam laporan mStar terbit dari mulut 'orang yang hendak meletak jawatan' itu sendiri: Husam Musa.


Selain dari menafikan akan meletak jawatan, Husam juga kelihatan terkejut ketika diminta mengulas berita dia akan bercuti selama 5 hari untuk menjalani pembedahan tulang belakang. Mengulas mengenai perkara itu, Husam berkata: "Cuti? Cuti apa pula? Saya tak tahu apa-apa pun, nampaknya sumber akhbar berkenaan lebih tahu daripada saya. Mengapa pula nak bedah tulang belakang saya? Bukannya ada bengkok... Alhamdulillah saya sihat saja."

Ya lah, siapa kata tulang belakang Husam bengkok dan sedang menjalani rawatan sakit belakang (walaupun mereka yang dekat dengannya tahu, dia ada masalah sakit belakang)? Bukankah kelmarin Husam sedang berada di Simposium Nasional anjuran PKR di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dan merupakan salah seorang seorang pembentang kertas kerjanya? Nampak Husam dalam majlis itu macam orang sakit belakang yang teruk hingga perlukan pembedahankah?

Jadi Husam tidak bercuti dan Husam juga tidak menjalani pembedahan tulang belakang. Kata pepatah Melayu kalau takde MuNkeE masakan pokok bergoyang. Sekali lagi pertanyaan: MuNkeE tak berekor mana yang sedang menggoyangkan pokok di Kelantan?

Woitt!!! MuNkeE - MuNkeE tolong blah!!! kalau tak nanti kok mamposs kene lastik dek 10 budak Hitam..Kah..kah..Kah

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: