Lagu Janji dicapati

Loading...

Tuesday, November 17, 2009

Sah! Kotak - kotak itu Ada Di Tangan Ezam!!

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/02/ezam_kotak.jpg


TASEK GELUGOR - Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shahrin menggesa bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor mendedahkan bukti gejala rasuah yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Badrul berkata, ketika Ezam masih bersama di Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak), mereka telah menemui beberapa bukti mengenai gejala rasuah Nor Mohamed dan beberapa individu penting dalam kepimpinan negara.

Menurutnya, tetapi selepas penemuan itu, Ezam telah dijatuhkan hukuman penjara dan bukti itu berada di bawah simpanannya ketika itu.

“Selepas dibebaskan, isu itu telah didiamkan dan selepas Ezam menyertai UMNO pada 2008, dia terus mendiamkan diri.

“Sekiranya beliau seorang pemimpin yang bebas rasuah, dia perlu berani untuk mendedahkan bukti itu kepada khalayak ramai,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pejabat Cabang PKR Bahagian Tasek Gelugor, di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya yakin Ezam masih menyimpan bukti lengkap mengenai salah laku Nor Mohamed yang kini memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Ketika diminta mengulas mengenai jenis salah laku yang dilakukan oleh Nor Mohamed, Ezam berkata, salah laku berunsur rasuah itu dilakukan ketika Nor Mohamed masih lagi bersama Bank Negara dan juga selepas itu.


(Sumber: Sinar Harian)


LSS*
Dulu Ezam pernah kata dia ada menyimpan 6 kotak mengenai rahsia besar amalan korup pemimpin-pemimpin BN. Bila akhirnya Ezam rujuk semula dengan UMNO, bagi menyelamatkan dirinya, dia berkata kotak-kotak itu sebenarnya disimpan oleh Anwar.


Tapi dalam kes Nor Mohamed ini, seperti kata Cikgu Bard, bukti rasuahnya ada di tangan Ezam. Jadi memang sah untuk kes penyelewengan Nor Mohamed, kotaknya ada dengan Ezam. Ezam, tunggu apa lagi, kalau hang masih ada teloq (walaupun cuma sebelah), apa lagi, dedahlah kes rasuah Nor Mohamed tu!!

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: