Thursday, November 19, 2009

-Ubah atau Pakatan Bakal terima kekalahan ke - 2 di PRK Kota SiPuteh

Pilihanraya Kecil Kota Siputeh bakal diadakan jika tidak ada sebarang ‘kejutan’ selepas ini. Walau bagaimanapun paling awal pun tahun depan baru pilihanraya tersebut dapat diadakan. Ini memandangkan SPR dan UMNO akan membuat rayuan berbeza sehingga ke Mahkamah Persekutuan. Sudah pasti ia akan mengambil tempoh yang lama sehingga rayuan di dengar di peringkat tertinggi sistem kehakiman negara. Tidak mustahil pilihanraya Kota Siputeh akan diadakan serentak dengan pilihanraya umum!

Jika pilihanraya diadakan dalam tempoh terdekat, peluang PAS untuk menang adalah sukar. Hakikat yang perlu disedari Kota Siputeh terletak dalam kubu UMNO di Parlimen Jerlun. PAS hanya menang dua kali sepanjang sejarah pilihanraya iaitu pada tahun 1969 dan 1999. Salah seorang bekas calon PAS Kota Siputeh, Cikgu Wahab Abdul Rahman yang pernah ditukar kerana faktor politik di Kuala Rompin Pahang pasti mengakui keperitan bertanding di Kota Siputeh.

Perkara ini turut diakui oleh Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato Seri Azizan Razak.“Peluang ada dalam mana-mana pertandingan tetapi ini kubu kuat UMNO sejak mula dan kami tahu tidak mudah untuk PAS menang di situ.

Walau bagaimanapun tidak mustahil PAS bakal menumbangkan UMNO di situ asalkan semua jentera PAS di semua peringkat melipat gandakan gerak kerja dan dalam masa yang sama mengenepikan sebarang hal remeh temeh yang boleh mengggugat peluang PAS yang berpotensi untuk menang sekali lagi di Kota Siputeh.

Umno Prihatin, PAS yang zalim..betulkah ?? Ikuti paparan eksklusif oleh wartawan Pembela dari KedahLanie, perihal apa yang berlaku di Kota Siputeh dibawah.



Tinjauan umum di Dun Kota Siputeh….

Dun Kota Siputeh merupakan kubu UMNO/BN sejak sekian lama. Ia terletak di dalam Parlimen Jerlun, juga termasuk di dalam PBT Kubang Pasu. Di mana, Adun dan MPnya adalah dari UMNO/BN. Adun Kota Siputeh ialah Datuk Abu Hassan Sharif yang telah dirujuk sebagai Adun yang tidak hadir dua kali berturut-turut dalam Sidang Dun Kedah atas alasan sakit. Sebaliknya MP Jerlun pula diwakili oleh anak mantan Perdana Menteri Malaysia, juga Presiden UMNO iaitu Datuk Mukhriz Mahathir.

Dari tinjaun yang dijalankan oleh Penyelaras Dun Kota Siputeh (PAS), Ustaz Ismail Wan Teh dan sukarelawan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pembela kelmarin di Kg Raja, Mukim Pering dalam Dun Kota Siputeh mendapati masih ramai rakyat di dalam di situ yang hidup daif dan berada di bawah paras kemiskinan ataupun miskin tegar.

Kisah 1 : Norazizi Zakaria, 27 tahun yang tinggal bersama suami dan anak sulungnya berumur 7 bulan di dalam sebuah rumah kecil di pinggir hutan di Kg Raja, Mukim Pering. Ketika ditanya kepadanya pengertian dan nikmat kemerdekaan, Norazizi berkata, tak ada apa-apa nikmat yang dia dapat…saya cuma hidup dalam rumah kecil ni saja.



“Inilah rumah kami tiga beranak sejak 4 tahun lalu. Tak ada duit nak besarkan rumah. Api tak ada..guna pelita saja. Air minuman dan mandi ….menumpang dari rumah jiran-jiran terdekat, katanya. Norazizi berkata, wakil rakyat tak pernah datang menjenguk, kecuali musim pilihanraya ramailah yang datang”.

Kisah 2 : Hatiah Ismail, 39 tahun yang tinggal di sebuah rumah yang masih tidak mempunyai bekalan elektrik. Menurut Hatiah, sudah lama dia merayu dari Wakil Rakyat dan JKKP di dalam kampongnya untuk menguruskan bekalan elektrik. Sehingga kini…mereka tidak melayan bahkan kadangkala menyindirnya kerana suaminya adalah seorang ahli PAS..



Tinjauan juga mendapati bahawa dia mempunyai 3 anak yang masih bersekolah di peringkat rendah, kadangkala tidak dapat menghantar anak ke sekolah kerana tidak mempunyai wang cukup perbelanjaan.

Sementara itu Mahadzir Saad, suami kepada Hatiah berkata, UMNO di situ minta dia menjadi ahli UMNO terlebih dahulu jika mahu mendapat bantuan yang sewajarnya dari pihak kerajaan.

“Kalau tak mahu jadi ahli UMNO…pi lah minta kat PAS. Tengoklah mereka boleh beri apa pada kamu, katanya yang mengadu diejek oleh ahli UMNO di situ.
Jika ini lah yang benar - benar terjadi

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: