Oleh: Huzaifah Ahmad Yamani
1. Apa lagi boleh diharap pada Hasan Ali.
“Pecat nazir masjid dan surau…” Eh, dulu masa Umno-BN memerintah Selangor, aku macam biasa dan pernah dengar perkataan ini. Tapi, bagaimana word ini boleh keluar lagi hari ini. Bukan ke le ni Selangor dah ‘bebas’ sejak Pakatan ambik alih?
Cis!!! Jangan haraplah. Sejak Si Hasan Ali sudah bertukar rupa dan nada menjadi Umno, maka kau tak payah tunggu Umno kembali berkuasa kerana dia sendiri sudah menyatakan apa yang Umno dok kata selama ini. Sebijik! Benarlah sangkaan ramai pihak…Hasan Ali adalah lidah Umno!
Sepatutnya, dalam kekeruhan suasana seperti hari ini, dengan liability yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Pakatan dek kebebalan Jais menangkap Dr Asri, Hasan Ali lebih berhemah berkata-kata. Tapi tidak, dia seperti menabur garam di atas luka di tangan. Tak cukup dengan itu, dia perah asam limau nipis lagi. Tak cukup lagi, dia ambik cuka dan simbah lagi. Baru dia puas!
So, apa lagi yang engkorang nak harap dari manusia berlagak alim lagi cerdik bernama Hasan anak Ali ini? Sila Tanya TGHH, apa dia nak buat sekarang? Jangan sampai ahli-ahli PAS Selangor hilang sabar dan Hasan Ali terpaksa menjawab dengan buku lima dan sepak terajang sudahlah!
Aku sememangnya dah hilang sabar dengan Hasan Ali. Aku cukup menyampah sampai melihat gambar muka dia dalam paper pun, aku rasa macam tengok muka Khir Toyo. Tolonglah…sapa-sapa bagi idea apa aku nak buat sekarang?
Dengar ceritanya juga, ramai wakil rakyat PAS sudah tidak sehaluan lagi dengan Hasan Ali…Dr Shafie, Dr Halimah Ali, Khalid Samad, Shaari Sungip, Dr Rani dan ramai lagi…betul ke ni?
2. Teng Chang Khim – Jangan Berlagak!!!
Akhbar semalam menyiarkan betapa angkuhnya kenyataan Tuan Speaker Pakatan di Selangor – Sdr Teng Chang Khim semasa mengulas isu penyerahan memorandum AMK Selangor. “Pejabat speaker bukan Pejabat Pos!” Begitulah dia menyelar tindakan segerombolan AMK.
AMK sebenarnya bagi saya tak salah dalam hal ini. Soal nak jadikan Pejabat MB atau Pejabat Speaker sebagai Pejabat Pos atau Pasar Borong tidak muncul. Mereka hanya mahu menyerahkan memo mengenai Adun lompat si Badrul Hisham. Itu sahaja!
Saya nak mengingatkan, hari ini semua YB jangan berlagak. Kami rakyat adalah TUAN kamu. Kami yang melantik kamu jadi wakil kami. Kamu wakil rakyat bukan ‘Tuan Rakyat’. Jangan sampai lepas ini orang sambut kamu di kampung dan balai raya dengan telur busuk sudahlah. Cukuplah Umno yang menegakkan budaya men-Tuan-kan YB. Tidak bagi kami rakyat yang sudah sedar.
Lepas ni, jika aku jumpa mana-mana YB, aku akan panggil nama depa. Jika dia ada title ustaz, aku panggil ustaz, jika dia ada gelar dr, aku panggil dr, jika tak ada apa-apa macam Teng Chang Khim, aku pangil ENCIK atau SDR sahaja cukup!
3. Jualan Harakah makin menurun!
Dulu akhbar Harakah sales-nya ratusan ribu naskhah. Kini dengar ceritanya makin menurun? Aku tak dapat nak pastikan, nantilah aku survey tanya kat bahagian selas Harakah…tapi jika benar sales Harakah jatuh, apa sebabnya?
Begitu juga ‘rating’ Harakahdaily di internet makin menurun. Malaysiakini tetap unggul sebagai rujukan utama. Kenapa Harakahdaily makin corot?
Aku hanya boleh buat spekulasi: Bila Harakah dah jadi macam Utusan – segala yang buruk pasai parti dia diamkan, lepas tu tapis rapat-rapat- maka tunggulah akibatnya daripada pembeli.
Jangan ingat pembaca Harakah bodoh belaka. Aku sendiri lebih suka merujuk Malaysiakini dan Perakexpress, aku rasa lebih telus dan berkredibeliti untuk dipercayai!
4. Menunggu Kushrin didakwa!
Apabila Kushrin pencacai Umno mengatakan orang bukan Islam tak boleh masuk kedalam masjid kerana statusnya sama dengan wanita yang datang bulan (haid)…sah! Inilah fatwa songsang yang sesat lagi menyesatkan umat Islam di Selangor. Datangnya pula dari mulut Kushrin…Ketua Pengarah JAIS. Hish…ada TAULIAH ke tak ada dia ni? Tok Mufti dan sultan kena jawab ni.
Jika nak diikutkan, Kushrin memang tak layak langsung jadi Ketua Pengarah JAIS. Bukan semata-mata kerana dia Umno; tetapi dia tak ada kapabiliti dan kredibeliti dari sudut ilmu dan kemahiran untuk mengendalikan urusan agama. Jika ikut hadis nabi, bila mana sesuatu urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya!
Aku masih tertunggu-tunggu, ada atau tidak sesiapa penguatkuasa JAIS nak tahan Kushrin, sebab mengajar ajaran sesat di Selangor! Dan Hasan Ali…kamu setuju ke dengan fatwa bodoh Kushrin ini?
5. Kenapa MB Selangor tidak boleh lebih KERAS dan TEGAS ?
Ini adalah petikan dari laman Selangorkini.com, web rasmi berita Kerajaan Pakatan Selangor: KOTA DAMANSARA, 1 November - Kerajaan Negeri akan memantau penjawat awam dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dikatakan memberi masalah kepada urustadbir negeri Selangor. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata perkara ini amat serius kerana kelicinan perkhidmatan kerajaan negeri dan wakil rakyat juga bergantung kepada komitmen penjawat awam dan pihak berkuasa tempatan.
“Kita sentiasa memantau tetapi perkara ini sangat sensitif, kita tak boleh buat kenyataan dengan menyatakan awak akan hilang kerja, nanti dia rasa tak bermotivasi untuk bekerja, kalau mereka dah sedia untuk ditukar, akan buat perubahan,” katanya.
Menyahut gesaan itu, Khalid berkata kerajaan negeri mengalu-alukan pandangan dan kritikan bagi menambahbaik urustadbir Selangor. Khalid berkata pihaknya akan memantau perkara ini dengan ketat. “Kita mahu semua kakitangan awam ini mempersembahkan kerja yang bagus, takkan buat keputusan dengan sewenang-wenangnya, ini perkara sensitif, kita kena jaga,” katanya.-ATIQAH YAACOB (TVSELANGOR)***
Aku dah tulis dalam Perakexpress baru-baru ni, antara masalah Tan Sri Khalid, dia TIDAK TEGAS dan lebih parah TAK BERANI nak membuat perubahan dalam pentadbiran Kerajaan Selangor. Sekarang…aku petik sendiri kenyataan beliau dari laman web Selangorkini…hangpa baca la sendiri…dan hangpa nilai la sendiri.
Jika aku jadi staff dia dan aku orang Umno yang kerjanya dok sabotaj kerajaan PR, aku sedikit pun tak gentar dengan kenyataan ini. Bahkan aku rasa makin galak nak sabotaj, biar melingkup, lagi cepat lingkup lagi baik!
Cuba engkorang baca: “Kita sentiasa memantau tetapi perkara ini sangat sensitif, kita tak boleh buat kenyataan dengan menyatakan awak akan hilang kerja, nanti dia rasa tak bermotivasi untuk bekerja, kalau mereka dah sedia untuk ditukar, akan buat perubahan.”Ini kenyataan penuh toleransi atau bahasa mudahnya, tolak ansur. Tapi dia tak sedar ka, pencacai Umno tu tengah dok ‘tolak dia beransur-ansur’!
Dalam politik bagi aku, kena tegas. Hai Tan Sri Khalid, hang pi la baca la bagaimana Abu Bakar r.a menangani golongan yang memusuhi pemerintahannya dahulu. Abu Bakar r.a yang terkenal lembut pun berubah jadi TEGAS dan BERANI membuat sesuatu yang akhirnya mengembalikan keamanan dan faedah kepada rakyatnya.
Bimbang sungguh aku dengan Khalid ni. Aku tak tau dah sapa lagi boleh nasihat dia, sebab nasihat Prof. Aziz Bari agar dia pecat Hasan Ali pun dia buat dono. Nasihat DSAI pun katanya dia buat tak peduli. Mungkin dia nak kena nasihat daripada aku dan rakyat masa mengundi nanti!!!
No comments:
Post a Comment