Saturday, November 28, 2009

Dalam PAS pun ada yang bangang? ingat kan ramai yang cerdik

Orang tanya, siapa Kolonel Mat yang Tok Guru sebut dalam berita Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk "'Konspirasi jatuhkan saya'". Kalau orang Kelantan pun tak tau, mana aku tau, saya kata. Ketua Pengarah Task Force 2010 (Malaysia), Leftenan Jeneral Datuk Wan Abu Bakar Omar, saya pernah la dengar nama dia. Boleh baca dalam posting sebelum ini yang bertajuk "Wan Abu Bakar tahu siapa Nasharudin?"

Apa pun, saya seronok cara Abe Tah jawab. Itulah jawapan orang politik. Lihat jawapannya dalam berita Utusan hari ini yang bertajuk "'Kolonel Mat' hanya kiasan". Tidak mungkin semua masalah boleh diselesaikan dengan jawapan Abe Tah itu. Tetapi, mungkin boleh selesai 10 atau 20 peratus dari semua masalah jika wartawan dah naik boring nak bertanya lagi siapa itu Kolonel Mat. Mungkin.

Tetapi, kalau wartawan berkeras juga nak cari siapa Kolonel Mat tu, letih PAS Kelantan dan seluruh organisasi PAS dibuatnya. Nak cari di mana si Mat tu? Di Wakaf Bharu ka?

Kalau benar kepimpinan Tok Guru digugat konspirasi yang didalangi si Mat tu, lekeh sangatkah PAS Kelantan hendak menghadapinya sehingga terpaksa berkeriau dalam akhbar? PAS Kelantan tak mampukah menghadapi senyap-senyap si Mat tu dan kemudiannya menghancurkan konspirasinya tanpa perlu membuat bising dalam akhbar?

Bukan susah sangat. Zaman Tan Sri Asri Muda jadi Yang Dipertua Agung PAS dulu terkenal dengan kata-kata "kapak tak akan dapat menebang pokok kayu jika tak ada kayu yang jadi hulu kapak". Kalau benar konspirasi si Mat tu yang mengancam kepimpinan Tok Guru, tentulah ada alat perkakasnya dari dalam tubuh PAS sendiri.

Kenalpasti siapa alat perkakas si Mat tu di dalam PAS. Ambil tindakan yang munasabah untuk selesaikan senyap-senyap. Tak payah buat bising.

Memanglah, paling mudah menyalahkan orang lain. Salahkan kolonel itu dan ini, salahkan blogger, salahkan semua orang kecuali diri sendiri. Soalnya, adakah selesai semua masalah dengan cara itu?

Saya ingat masalah PAS Kelantan sudah hampir selesai dengan berita Haji Husam Musa menolak menjadi pengganti Tok Guru sebagai Menteri Besar Kelantan. Tambahan pula, pengakuan Husam itu ditahqiqkan pula hari ini oleh berita yang meraikan pengakuan itu dalam Utusan hari ini bertajuk "Pengganti Nik Aziz mesti ada latar belakang agama".

Kalau pengakuan Husam itu sudah ditahqiqkan, sudah tentulah sebahagian besar masalah sudah selesai dan masa yang ada boleh digunakan untuk melawan Umno dan tidak lagi bermesyuarat sesama sendiri untuk meminggirkan Husam.

Tiba-tiba, timbul pula isu Kolonel Mat. Hebat sungguh si Mat itu sehingga orang-orang PAS Kelantan tak mampu melawan beliau dan terpaksa keriau dalam akhbar. Si Mat tentu lebih hebat dari Wan Abu Bakar yang berjaya dikatuk-katuk oleh orang-orang PAS sendiri sehingga kalau kita sebut perkataan kerajaan perpaduan, orang-orang yang menyokong kerajaan perpaduan akan menjerkah kita dan menyifatkan kita lebih jahat dari Yahudi.

Buruk dan busuk sungguh idea kerajaan perpaduan itu sehingga kita dimaki hamun oleh penggian-penggian kerajaan perpaduan sendiri jika kita menyebut perkataan itu. Kalau benda baik, tentulah tidak salah dan orang tidak marah kalau kita sebut perkataan itu.

Hari ini, muka depan akhbar Utusan menyiarkan berita bertajuk "Suara luar gugat PAS". Saya nak tanya, bodoh sangatkah pemimpin PAS hingga boleh digugat oleh suara luar? Pada saya, rungutan seperti itu hanya menelanjangkan betapa bangangnya para pemimpin PAS kepada rakyat yang mengharapkan PAS menjadi lawan yang boleh diharapkan kepada Umno.

Rakyat mengharapkan orang-orang yang cerdik untuk menamatkan kekuasaan Umno. Tetapi, kalau bangang nak mampos sehingga boleh digugat dengan mudah oleh suara luar, nak harap lagu mana?

Kalau orang luar seperti bakaq ini mampu mempengaruhi pemimpin PAS dengan mudah, lagi baik berhenti jadi pemimpin PAS. Balik rumah jaga anak atau jaga cucu lagi baik.

Saya dah kata jenuh dah. Pemimpin PAS semakin menjadi perhatian semua orang. Kenyataan mereka menjadi perhatian media. Mereka mestilah cerdik atau sekurang-kurangnya kelihatan cerdik. Kalau mereka bangang atau kelihatan bangang, habislah PAS. Masalahnya, imej Islam yang jadi mangsa kerana PAS memperjuangkan kehendak Islam.

Tolonglah ingat. PAS tak ada pegawai kerajaan macam Umno. PAS tak ada polis, tak ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tak ada mahkamah. PAS tak ada media arus perdana. PAS juga tak ada tauke besar yang menyokongnya.

PAS hanya kuat jika ia bersih, tak bangang, tak amalkan kronisme, tak khianat kawan yang berjuang bersama-samanya dan tak ambil duit tauke yang berkepentingan untuk belanja pilihan rayanya atau untuk belanja aktiviti parti. Hanya dengan cara itu PAS betul-betul kuat untuk lawan Umno. Tidak ada dua cara.

Apa pun, masih boleh bergembira hari ini dengan kenyataan yang kelihatan cerdik dalam berita Sinar Harian hari ini seperti berikut:Belum tiba masa cari pengganti Tok Guru: Ahmad

Sinar Harian (28/11/09): Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub berkata, masih belum tiba masa untuk mencari siapakah yang bakal mengantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan

Beliau berkata, Pilihan Raya Umum (ke-13) tidak lama mana lagi untuk mempertahankan kepemimpinan Pas di negeri itu, malahan Nik Abdul Aziz juga masih boleh mentadbir dengan baik.

“Pentadbiran bawah Tok Guru tidak ada masalah pun. Jadi saya berpendapat keperluan untuk ganti belum sampai lagi. Lainlah kalau dalam keadaan terdesak. Setakat ini Tok Guru boleh mentadbir dengan baik,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas isu berhubung pengganti Nik Abdul Aziz berikutan laporan akhbar berhubung perkara itu.

Ahmad berkata, perkara itu bukan boleh diputuskan oleh seorang atau dua pemimpin, tetapi perlu mengikut prosedur.

“Kita ada forum, ada Badan Perhubungan, ada majlis wakil-wakil rakyat dan ada dewan harian. Sehingga ke hari ini kita tidak pernah bincang perkara ini, walaupun dalam mesyuarat dewan harian.

“Tiba-tiba keluar dalam akhbar. Pada saya masih belum masanya. Cuma mungkin sekarang ini sahabat-sahabat memberi pandangan. Pandangan peribadi itu tidak ada hal. Tetapi di dalam parti, dalam kerajaan dan pentadbiran isu ini tidak berbangkit.

“Kita boleh teruskan kepimpinan Tok Guru kerana tiada masalah. Saya akan terus membantu Tok Guru,” katanya.

Ditanya mengenai pendapat yang beliau boleh menjadi pengganti Menteri Besar yang baik, Ahmad berkata “Itu hanya pendapat.

“Tetapi wartawan tidak perlu mencari bakal mengganti Menteri Besar. Sampai masa, patah tumbuh hilang berganti,” katanya.Berkaitan:
Pemimpin Pas patut dedah, siasat siapa 'Kolonel Mat'

Nik Aziz dakwa wujud dalang jatuhkan beliau, Pas Kelantan

Berita Harian (28/11/09): Pelbagai pihak dalam Pas tertanya-tanya siapa 'Kolonel Mat' yang dimaksudkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai dalang utama merancang untuk menjatuhkannya dan kerajaan Pas Kelantan.

Gelaran yang diberikan Nik Aziz dalam ucapannya pada majlis memperingati Hari Wukuf di Kota Bharu, kelmarin menjadi persoalan sama ada watak 'Kolonel Mat' adalah individu dalam parti itu sendiri atau orang luar.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan mengakui beliau turut tertanya-tanya siapa 'Kolonel Mat'.

Bagaimanapun, Dewan Pemuda Pas mahu kepemimpinan tertinggi parti memandang serius dakwaan Nik Aziz.

"Oleh kerana dakwaan itu datangnya dari mulut Tok Guru sendiri, sudah tentu ada sesuatu yang perlu disiasat," katanya.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah juga tidak pernah mendengar mengenai 'Kolonel Mat' dan terkejut dengan kenyataan Nik Aziz.

"Saya tak tahu, semalam (kelmarin) baru saya dengar... saya pun terkejut tetapi tak sempat nak bertanya kepada Tok Guru," katanya.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, yang menunaikan haji di Makkah, juga mengakui tidak pernah mendengar nama 'Kolonel Mat'.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim, enggan mengulas kerana ingin mendapatkan penjelasan daripada Nik Aziz terlebih dulu.

Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa tidak mahu memberikan sebarang komen.

Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Haron, pula berkata Nik Aziz tidak perlu mendedahkan siapa 'Kolonel Mat' jika individu itu dari kalangan pemimpin Pas sendiri.

"Nak dedah atau tidak, terpulang kepada tok guru (Nik Aziz)... kalau ada (Kolonel Mat), kena selesaikanlah. Kalau (didalangi) orang dalam, kita selesaikan secara dalaman, kalau orang parti (Pas) tak perlu dedahkan," katanya.

Bagaimanapun, beliau yakin 'Kolonel Mat' tidak wujud, sebaliknya ia sekadar kata-kata kiasan atau gurauan Nik Aziz.

Sementara itu, Nik Aziz yang ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini, semalam, masih mempertahankan kenyataannya 'Kolonel Mat' berusaha menjatuhkan beliau dan Pas di Kelantan.

Beliau mendakwa, konspirasi untuk menjatuhkan Pas di Kelantan termasuk beliau bukan perkara baru dan usaha itu akan terus dilakukan.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan siapa dimaksudkannya sebagai 'Kolonel Mat' dan sama ada dia orang dalam parti atau pihak luar.

"Itu dia punya pasallah (Kolonel Mat bekerja untuk siapa), tetapi orang buat khianat pada Kelantan termasuk orang yang saya sebut ini (Kolonel Mat) barang sahih," katanya.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: