Wednesday, November 18, 2009

-Kepala PR tetapi Badan masih BN..

500 bantah Jais tidak beri tauliah.
Jimadie Shah Othman

Kira-kira 500 ahli kariah di Shah Alam membantah tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang tidak memberikan tauliah mengajar agama kepada ahli parlimen kawasan tersebut Khalid Samad.

"Kita bukan hendak bermusuh dengan pihak Jais. Tetapi persoalannya kenapa tidak diberikan tauliah kepada Khalid? Adakah beliau betul-betul tidak layak? "Berikanlah hitam putih, jangan beri bermacam-macam alasan seperti tapisan keselamatan," kata pembantu ahli parlimen PAS itu Mohd Jamil Abd Rahim.Beliau, dengan beberapa anak kariah yang mewakili lebih 20 masjid dan surau di kawasan parlimen itu, dijadual mengadakan sidang akhbar di Shah Alam petang ini bagi mendesak Jais mengeluarkan tauliah kepada Khalid.

Inilah akibat dari kelembutan PR Selangor mentadbir dari awal mentadbir selepas menang PRU-12. Kakitangan pun dah tak hormat pada Kerajaan Negeri Selangor. Ibarat kepala PR tetapi Badan Masih BN.. Apa Khabar KUIS?? Apa lagi selepas ini?? Penat pimpinan akar umbi memekik. Yang nak pertahankan bila berlaku serangan UMNO-BN.. Akar umbi juga.. Sedarlah wahai MB dan barisan EXCO..

Hakikatnya kita berhadapan dengan PENIPU, PUTAR BELIT UMNO-BN.. Pendekatan perlu kita ambil ialah LAWAN TETAP LAWAN.. Ini bermakna cacing-cacing UMNO-BN di Agensi, IPT, PBT dan GLC Kerajaan Negeri Selangor harus kita buang sama sekali kerana cacing-cacing ini sedang memakan Kerajaan Negeri Selangor perlahan-lahan dengan pelbagai cara seperti sabotaj secara langsung, tidak langsung dan tanpa disedari pimpinan Negeri Selangor..

Sudah lama tak dengar Pimpinan PR Selangor laungkan ungkapan " Kalau Takut Dengan Risiko, Jangan Bicara Soal Perjuangan" "Kalau Takut Dilambung Ombak Jangan Berumah di Tepi Pantai' " Membujur Lalu Melintang Patah". Bukan sekadar laungan malah lakukan dengan Bijak..

Hidup PR.. Mari bersama kita membawa perubahan kepada Rakyat Selangor dan terus menang dalam pertempuran politik berhadapan UMNO-BN yang menggunakan segala macam strategi dan Psywar..

Kita akan menang besar pada PRU-13. Amin.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: