Awal-awal lagi Mat Monggol dah bersedia dengan jentera perangnya, dengan sokongan medianya malah lengkap dengan soldadu-soldadu berani matinya, cuma tunggu gendang perang saja dipalu oleh Anwar.
Sebab tu sebaik saja gendang perang Anwar telah dipalu, soldadu soldadu berani mati kerana termakan budi ini bangkit sorang demi sorang. Baru baru ni, Tentera Mat Monggol dari Platun 3 telah pun mulakan serangan bapuknya terhadap Anwar. Ya, mungkin Anwar hanya pandai gimik, tidak seberani dirinya yang sewenang wenangnya membakar jambatan.
Terbaru, bekas Setiausaha Sulit Anwar, yang juga bernama seakan akan Anwar, tapi jiwa tak sejitu Anwar, iaitu Anuar Shaari, tiba di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Kuala Lumpur membuat laporan polis berhubung pemilikan saham berjuta ringgit membabitkan Azmin dan isterinya. Walaupun Azmin yang dituduh dan bukannya Anwar, tapi perlu diingat, Anwar juga telah mempertahankan Azmin dari isu saham tersebut baru baru ini, sementelahan pulak, Azmin merupakan orang yang rapat dengan Anwar.
Kalau kita tengok, serangan balas serta merta oleh team Mat Monggol terhadap Anwar ini bukanlah secara kebetulan. Ianya telah dirancang lama dahulu dan hanya menanti Anwar mengorak langkah saja. Cara serangan kali ini juga lebih fokus dan teratur. Jangan ditanya siapa dibelakang setiap serangan balas ini, tapi betapa rapinya persiapan mereka menentang Anwar, itu yang perlu pihak Pakatan sedari.
Sedarlah, sesungguhnya Pakatan sudah kesuntukan masa untuk bercakaran sesama sendiri. Lawan kita yang sebenar ada di sebelah sana dalam keadaan yang kemas dan cukup rapi sekali. Kesetiakawanan kita telah dirobak rabek dengan rakus tanpa disedari ramai pendokong Pakatan. Masa kita yang amat berharga telah terbuang mempertahankan diri.
Bangkitlah kembali wahai pejuang pejuang harapan rakyat. Kembalikan hak rakyat kepada rakyat. Kami rindukan Pakatan Rakyat yang berjiwa rakyat
No comments:
Post a Comment