Sebelum terlewat, terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada Tuan Guru Nik Aziz yang dipilih oleh The Royal Islamic Strategic Studies Center sebagai tokoh ke 42 dari keseluruhan 500 Muslim yang paling berpengaruh di dunia.
Juga tahniah kepada Penasihat PKR, Anwar Ibrahim yang turut disenaraikan di dalam senarai 450 “Honourable Mention” sebagai tokoh Islam yang paling signifikan di dalam dunia. Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Madey, tetapi malangnya nama Madey tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.
Yang menariknya Kumpulan Raihan yang terkenal dengan lagu-lagu nasyidnya itu turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.
Begitulah dunia Islam melihat Malaysia. Pasti tidak mengejutkan jika TG Nik Aziz dan Anwar Ibrahim menerima pengiktirafan itu kerana jasa-jasa mereka terhadap pembangunan Islam. Tapi apabila Dr Madey yang seringkali cuba menyelitkan namanya sebagai antara tokoh yang paling banyak bercakap mengenai umat Islam itu tidak diletakkan setaraf dengan Nik Aziz dan Anwar, ia pasti mengecewakan orang tua itu, keluarganya dan ahli-ahli parti yang dianggotai Madey piraun.
Dan di mana nama hero 1 Malaysia yang bernama Najib Al- Monggoli itu? Mengapa tokoh yang paling berpengaruh di Malaysia itu tiada langsung dalam senarai tokoh Islam yang paling berpengaruh di dunia?
Kesian, Mat Monggol, tidak sangka lagu nasyid Raihan lebih popular dari slogan 1Malaysia Mat Monggol!!
No comments:
Post a Comment