Wednesday, November 4, 2009

-Pi Jahanam BN, Kukuhkan PR, Yakinkan Rakyat..

AKHIRNYA PAKATAN RAKYAT MOHON DI DAFTAR KAN.




PR telah menghantar surat permohonan untuk menjadi sebuah penyatuan berbagai parti dalam sebuah wadah perjuangan seperti Bn kepada pentaftar pertubuhan awal minggu.Menurut maklumat yang jelas, seseorag dari ROS telah menerima surat permohonan tersebut awal minggu ini.Menurut maklumat dari pihak kerajaan, 10 nama dari DAP,PAS,PKR telah di senaraikan dalam pendaftaran tersebut,bersama dengan dasar,tujuanobjek dan dijangkakan akan di bentangkan kepada umum dalam pertemuan pertama konvensyen PR bulan hadapan.
Logo yang di sertakan dengan "Matahari memancar" juga di berikan- menandakan bahawa "kebangkitan baru" untuk untuk negara, yang menunjukkan bahawa iaya satu simbol menentang lambang dacing Bn.Pihak PR percaya akan ada sedikit kelewatan berdasarkan kepada tindakan yang telah di ambil oleh pendaftar pertubuhan Datuk Md Alias Kalil.

Md ali menjelaskan bahawa menurut surat akta dibawah seksyen 2 pendaftaran pertubuhan di bawah akta 1966, menjelaskan bahawa mana-mana pertubuhan politik harus mempunyai 7 pertubuhan politik yang bernaung di bawahnya sebagai sebuah gabungan parti politik.
Gabungan 3 parti politik pembangkang terbesar telah memenangi hati rakyat pada 8 Mac tahun lalu apabila berjaya menggabungkan ke tiga-tiga parti dalam sebuah gabungan yang di namakan sebagai Pakatan Rakyat dan menguasai 5 buah negeri.Namun sejak akhir-akhir ini beberapa pergolakan dalaman yang berlaku dalam pakatan dilihat seolah-olah gabungan ini agak longgar, namun menurut berbagai penganalisis politik ianya adalah dalam proses mematangkan parti dan menempis pihak-pihak yang tidak menunjukkan peningkatan yang baik sebagai wakil untuk berkidmat kepada rakyat.

Pakatan harus ingat bahawa sebagaimana rakyat mnenolak Bn, iaya mungkin akan menolak semuala PR jika keadaan tidak meyakinkan rakyat.Namun di bawah DS Najib Umno/Bn sedang berusaha keras mengatur sesuatu yang dilihat poenganalisa sebagai perkembangan yang agak sihat, dan sedang memancing semula undi rakyat.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: