Lagu Janji dicapati

Loading...

Tuesday, November 3, 2009

Pengerusi PAC perlu saman ZAKI

[zaki+azmi.jpg]

Berikut adalah kenyataan media Ahli Parlimen Klang Charles Santiago di Parlimen pada 2hb Nov 2009 :

Apakah telah berlaku ke atas akauntabiliti? Kita fikir skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) ialah penipuan kewangan terakhir yang melibatkan berbillion-billion ringgit. Sekarang, laporan Ketua Audit Negara menunjukkan projek landasan berkembar elektrik antara Rawang dan Ipoh yang panjangnya 179km melibatkan kos lebihan besar lebih daripada RM1.3 billion.

Ini bukan cerita terakhir. Antara tokoh-tokoh yang terbabit dalam projek ini ialah Ketua Hakim Negara Zaki Azmi. Beliau ialah pengerusi dan pemegang saham terbesar dalam Emrail Sdn Bhd, salah satu kontraktor yang terlibat dalam projek tersebut.Zaki telah dilantik ke kedudukan kehakiman tertinggi pada 21hb Okt 2008.

Zaki, juga terkenal sebagai peguam UMNO, masih berucap mewakili Emrail pada 21hb April 2007. Kemudian beliau dilantik sebagai hakim mahkamah persekutuan pada 5hb Sept 2007 dan dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 21hb Okt 2008.

Beliau dilaporkan berkata berikut oleh Bernama, “Kita telah menyiapkan projek Rawang-Ipoh dengan mencapai kepuasan kerajaan. Ingatkan Emrail ialah satu-satunya syarikat landasan bumiputra di Malaysia, kita berharap kerajaan akan mempertimbangkan kita bagi kerja-kerja landasan seperti projek Ipoh-Padang Besar dan juga Seremban-Gemas.”

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2009, Emrail Sdn Bhd adalah yang paling tidak effisien di antara 4 kontraktor projek tersebut kerana ia hanya menyiapkan 56.9% projek pada tarikh tamat 10hb Dis 2003.

Sekarang, kerajaan mungkin terpaksa menyerap sebahagian daripada kerugian RM1.14 billion yang diakibat oleh kelewatan pelaksanaan, tidak mengikut standard yang dikenakan dalam pembangunan infrastruktur sehingga infrastruktur tersebut tidak dioptimum sepenuhnya dan perolehan alat-alat lebihan.

Kita mempunyai jaminan daripada pengerusi jawatankuasa kira-kira wang awam Parlimen (PAC), Azmi Khalid, bahawa badan tersebut akan menyiasat Kementerian Pengangkutan dan kontraktor yang terlibat dalam kegagalan kewangan ini.

Sebelum PAC memulakan siasatan, rakyat mahu tahu siapa yang terlibat dalam projek ini. Peruntukan yang diberikan kepada kontraktor, nama ahli politik yang terlibat, syarat-syarat kontrak yang dikenakan dan alasan kukuh bagi kelewatan mesti didedahkan.

Kementerian Pengangkutan dan kerajaan adalah dalam keadaan terlantar kerana projek tersebut penuh dengan penyelewengan sejak permulaan. Sistem landasan berkembar tersebut, yang sepatutnya disiapkan pada 2002, telah ditangguhkan sehingga 2007.

Tiada keraguan kita boleh menyimpulkan projek landasan berkembar ini telah menyertai barisan PKFZ sebagai skandal kewangan mega yang didorong oleh ketamakan, kronisme, hubungan perniagaan dan politik yang kompleks dan pengurusan yang membinasakan.

Kedua-dua projek mega ini telah menyebabkan kerugian negara sebanyak RM14 billion ataupun setiap rakyat RM520. Ini tidak termasuk jangkaan kerugian sebanyak RM28 billion yang diakibatkan oleh perundingan terus dalam pemberian kontrak seperti yang dibongkarkan oleh akhbar The Star.

Tindakan keras dan hukuman yang selaras amat diperlukan untuk mendapat balik keyakinan rakyat dan pelabur.

Berharap masalah-masalah akan hilang jika diabaikan masa panjang tidak lagi berfungsi lagi.

Demikian, saya menggesa PAC menyokong cadangan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang bahawa Kementerian Pengangkutan mendenda DRB-Hicom Bhd sebanyak RM80.88 million (RM164,727 setiap hari) untuk kegagalan menyiapkan projek landasan berkembar elektrik Rawang-Ipoh tepat masa dalam mesyuarat minggu depan.

Tambahan lagi, saya menggesa pengerusi PAC menyaman Zaki, bekas Menteri Pengangkutan Chan Kong Choy, DRB-Hicom dan sub-kontraktor memberi penerangan kepada Parlimen.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus menumpukan usaha dalam menyiasat kebocoran persekutuan yang menyinggungkan, bukan berpakat dengan ahli politik UMNO untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Charles Santiago
Ahli Parlimen Klang

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: