Tuesday, November 10, 2009
Zulkifli sepatutnya di bersihkan dari keADILan
Nampaknya skpekulasi bukan sekadar spekulasi,sememangnya Zulkifli Noodin memang selama ini menjadi duri dalam daging kepada perjuangan reformasi,semangatnya,kata - katanya kini tak selari dengan perjuangan menegakkan keadilan dan perubahan .Pada mula Reformis hanya bersuara tapi kini Ketua Umum pula yang yang tak boleh tahan tetapi apa kan daya mungkin apa yang di mahukan oleh Zulkifli hanya lah mahu di tendang keluar dari Parti dan membuat kenyataan akhbar nanti yang dia telah menjadi mangsa politik zalim oleh pemimpin - pemimpin PKR.
Kita jua faham apakah masalah yang melanda "orang Kulim" ini tapi itu bukan jalan singkat untuk menyelesaikan masalahnya,hanya kerana mahu menyelamatkan elaun sebagai ahli parlimen "orang kulim" ini sanggup berpaling tadah dan menghalakan senapang kearah kawan sendiri .
Baru ini Ketua Umum telah memberi amaran kepada pimpinan parti ;
PETALING JAYA: Amaran yang dikeluarkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas para pemimpin lain parti itu supaya akur dengan polisi parti atau keluar ditujukan secara langsung kepada orang seperti ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin.
Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah ketika mengatakan demikian juga menegaskan, amaran Anwar itu juga adalah untuk mengingatkan mereka semua supaya menjadi lebih berdisiplin dan juga kepada pemimpin PKR yang bertelagah secara terbuka.
“Ia sebenarnya adalah satu amaran secara langsung kepada orang seperti Zulkifli Noordin yang sering kali mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan polisi parti.
“Sebagai contoh, tindakan Zulkifli yang cuba membentangkan beberapa usul di Dewan Rakyat yang jelas tidak selari dengan polisi parti itu tanpa terlebih dahulu merujuknya kepada pucuk pimpinan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas komentar Anwar kelmarin yang mahukan para pemimpin PKR lebih berdisiplin dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak selari dengan polisi parti itu.
Zulkifli, sebelum ini beberapa kali mencuba untuk membentangkan usul di Parlimen khususnya berkaitan dengan hal-hal berkaitan dengan Islam yang dilihat sebagai tidak selari dengan polisi PKR.
Seorang lagi Naib Presiden, Mustaffa Kamil Ayub melihat kenyataan Anwar itu sebagai satu amaran keras kepada semua barisan kepimpinan parti itu lebih-lebih lagi kepada mereka yang berhasrat untuk berubah haluan.
Manakala Pengarah Strategik PKR yang juga bekas Ketua Penerangannya, Tian Chua melihat amaran Anwar itu pula sebagai satu arahan kepada mereka semua supaya berhenti bertelagah di depan khalayak umum tetapi sebaliknya berpegang teguh kepada agenda parti untuk melakukan reformasi, menegakkan keadilan sosial dan demokrasi.
“Pertelagahan-pertelagahan kecil dan remeh temeh patut dihentikan sebaliknya semua pemimpin PKR patut menumpukan perhatian kepada isu-isu yang sebenar. Itu yang diminta oleh Anwar,” tegasnya.
Tak ada apa yang perlu di kritik lagi akan "orang kulim ini " kerana apa yag perlu ialah menasihatkan sahaja dia agar meninggalkan perjuangan in terus tanpa apa - apa pujukan lagi.
Telah saya beritahu seperti sebelum ini Zulkifli hanya menumpang tuah nama sebagai individu yang pernah berada dalam pasukan peguam Anwar Ibrahim ketika pada ketika gelombang Reformasi 1998 tapi pada realiti nya Zulkifli Noordin tak lebih dari sekadar "tukang angkat beg" kepada mendiang Christhoper Fernando,Haji sulayman dan Raja Adrusse sahaja tidak lebih dari itu
Pada ketika Zulkifli menyertai PAS dahulu pun orang - orang PAS juga bimbang untuk memberi Zulkifli bertanding dalam pilihanraya kerana mereka tahu akan perangai dan sikap Zul.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment