Assalammualaikum,
Perlu Peka dengan senario dan khabar angin yang bertiup kencang mengatakan :
Kerajaan Selangor mungkin takkan bertahan lama. UMNO telah menetapkan Januari 2010 sebagai bulan di mana Selangor kembali menjadi miliknya. Kini, mereka sedang melakukan banyak perkara secara serentak bagi memastikan mereka berjaya. Perak menjadi bukti dan seharusnya menjadi Iktibar dan Tauladan kepada Pakatan Rakyat bagi mengelakkan ianya berulang. Jangan ketawa, ambil ringan dan remeh perkara ini. Pastikan tiada konflik dikalangan YB-YB kita.
Jika tidak berjaya Januari 2010, BN akan terus berusaha. Setidak-tidaknya sasaran paling lewat mereka adalah pada PRU-13. Kelicikan modus operandi menghuru-harakan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor berbekalkan bantuan 'Musang berbulu Ayam' di dalam agensi, PBT, IPT, GLC dan sebagainya yang berkaitan Kerajaan Negeri Selangor. Ini menjadi kempen modal PRU-13 BN mempengaruhi rakyat supaya menilai Pakatan Rakyat tidak mampu mentadbir tapi hanya pandai bercakap.
AMK Shah Alam mencadangkan supaya Menteri Besar dan Pimpinan Kerajaan Negeri Selangor mengambil resolusi baru dengan mengkaji seluruh jawatan dalam setiap Agensi, PBT, IPT, GLC dan sebagainya yang berkaitan Urus Tadbir Kerajaan Selangor supaya digalas oleh pegawai yang benar-benar Profesional tanpa sengaja menimbulkan keadaan yang menjejaskan reputasi kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.
Apa patut dilakukan, perlu dilakukan segera, Januari menghampiri dan PRU13 akan menjelang tidak lama lagi, selagi nanah tidak dibuang, duri di dalam daging tidak dicabut, selagi itu rakyat akan melihat kerajaan PR Selangor sebagai satu kerajaan yang gah, yang kaya tetapi tidak satu pun memberi input kepada kemajuan rakyat.
AMK Shah Alam yakin sekiranya Pakatan Rakyat dapat menenggelamkan segala perancangan kotor JUAK-JUAK UMNO-BN dengan strategi yang lebih ampuh, Pakatan Rakyat akan terus mentadbir Negeri Selangor selepas PRU-13 malah berjaya mentadbir Kerajaan Malaysia. Buktikan kita mampu mentadbir dan juga bijak menghadapi permainan Politik UMNO-BN.. Amin. Insyaallah..
"KALAU TAKUT DILAMBUNG OMBAK JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI."
Salam Perjuangan,
Afzainizam bin Abd. Rahman.
Naib Ketua AMK Shah Alam.
No comments:
Post a Comment