Wednesday, November 4, 2009

Kini Polis telah di"Hanjing"kan sepenuhnya oleh Algojo




Ahli parlimen Shah Alam tersepit apabila didakwa mempunyai "rekod jenayah" tetapi sehingga kini gagal mendapatkan penjelasan polis berkenaan perbuatan jenayah yang telah dilakukannya.Kini Khalid Samad pula di tuduh mempunyai rekod jenayah pada hal sebelum dia bertanding sebagai Calon Parlimen tak pulak di pertikaikan tentang latarbelakangnya tapi pada hari ini itu pula yang di pertikaikan semata - mata untuk menghalang beliau dari mendekati rakyat,jelas sudah kini Polis yang sepetutnya bertindak sebagai pelindung rakyat di jadikan sebagai alat untuk mengahalang wakil - wakil rakyat dari Pakatan Untuk mendekati rakyat supaya nanti rakyat akan terus melabelkan sesuatu yang buruk.


Akibat "rekod jenayah" beliau itu, Khalid Samad tidak diberikan tauliah menyampaikan kuliah agama di Selangor walaupun beliau mendapat kelulusan awal daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Dalam surat jabatan itu bertarikh 10 Julai 2008, pemimpin PAS itu diberikan tauliah mengikut kategori-kategori D1 (boleh mengajar atau berceramah) dan D2 (mengajar fardhu ain atau berkitab).
Kebenaran itu bagaimanapun dibatalkan olej Jais dalam suratnya 28 Oktober 2008 susulan tapisan keselamatan polis Selangor mendapati Khalid, adik kandung bekas menteri Shahrir Samad, mempunyai "rekod jenayah."

Setelah Khalid meminta penjelasan dalam suratnya hujung September lalu, polis Selangor berkata semakan polis Bukit Aman mendapati beliau mempunyai "rekod jenayah".

Nampaknya permainan geng - geng algojo dah semakin jelas dan kini kita tahu sikap mereka yang dah semakin bacul dan sering bersembunyi dan memperkuda kan institusi kepolisan demi kepentingan diri sendiri.Dan selepas ini kita akan lihat pula individu - individu seperti Tuan Guru Nik Aziz akan di palit kan dengan bermacam - macam pertuduhan kesan dari sebab tidak mahu tunduk kepada mereka.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: