Sunday, November 1, 2009

Gajah Di Kamunting Bersembunyi Di Balik Hidung Besar Madey?



drm


Hari ini, tamatlah sudah Persidangan dan Pameran Antarabangsa mengenai Jenayah Perang yang berlangsung selama empat hari di PWTC. Persidangan tersebut adalah anjuran Pertubuhan Keamanan Sedunia Perdana (PGPO) yang dipengerusikan oleh mantan Perdana Menteri, Dr Seri Dr Mahathir Mohammed.

Setiap malam ketika menonton berita TV, terpampang pelbagai berita mengenai persidangan itu. Antara yang dipertontonkan oleh TV ialah mengenai perjalanan persidangan termasuk prosiding Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCC), yang merupakan salah satu dari hasil ilham Dr Mahathir sendiri dalam persidangan tersebut. Dan yang membuat hati tersentuh ialah kisah penderitaan dan penyiksaan yang dilakukan kepada tahanan perang Teluk Guatanamo dan Abu Gharib. Antara yangturut memberi keterangan pada prosiding KLWCC seperti paparan TV ialah Samy Al-Hajj, Moazzam Begg, Rhuhel Ahmad, Dr. Souad Naji Al-Azzawi, Jameelah Abbas Hameedi, Salam Fanar Zabin dan Abbas Zaid Obaid. Lalu berceritalah bekas-bekas tahanan itu betapa kejamnya algojo-algojo rejim jahanam Amerika dan konco-konconya menyiksa mereka dengan pelbagai bentuk siksaan yang tidak pernah terfikir oleh manusia yang bertamadun.

Antara mereka yang pada setiap malam kelihatan di skrin TV mengikuti persidangan itu dengan penuh khusuk ialah Dr Mahathir dan isterinya yang sesekali memakai topi ala- isteri Mrs Bush, mantan Presiden Amerika @ ketua penyiksa tahanan-tahanan Teluk Guatanamo dan Abu Gharib itu.

Bila melihat bekas tahanan-tahanan Teluk Guatanamo dan Abu Gharib memberi keterangan dalam KLWCC itu, maka teringat saya kepada Kem Kamunting yang kata orang tidak kurang hebatnya berbanding kem tahanan Guatanamo dan Abu Gharib. Tahanan-tahanan ISA di Kem Kamunting juga telah mengalami pelbagai bentuk penyiksaan termasuk dipukul, dimalukan, dibogel, diludah dan dibekukan dalam bilik sejuk dan sebagainya. Tahanan-tahanan di Kem Kamunting ini pernah melalui deraan fizikal dan mental yang panjang yang berlangsung sejak zaman Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, hingga zaman Dr Mahathir, Pak Lah dan Najib menjadi Perdana Menteri.

Lalu tertanya-tanyalah saya bila pula Dr Mahathir selaku Pengerusi PGPO hendak membawa bekas tahanan ISA di Kamunting ini ke KLWCC bagi mendengar sendiri rintihan mereka mengenai apa yang pernah mereka lalui sepanjang berada dalam kem itu? Jika bekas tahanan-tahanan kem Kamunting ini dibawa ke hadapan KLWCC, saya dapat membayangkan wajah Dr Mahathir yang tentu akan mendengar dengan penuh khusuk keterangan mereka, termasuk bagaimana algojo-algojo suruhan mantan Perdana Menteri menyiksa tahanan-tahanan mereka, bagaimana mereka dipukul, dimalukan, dibogel, diludah dan dibekukan dalam bilik sejuk serta tidak dibenarkan bersolat Jumaat sepanjang berada di dalam kem neraka itu. Dr Mahathir tentu akan tersenyum di hadapan tahanan-tahanan itu kerana sebahagian dariIndeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Kem Kamunting yang beliau restui telah berjaya diterjemahkan dengan jayanya oleh algojo-algojo upahannya yang sentiasa berwajah bengis itu.

Tahun ini pasti sudah terlambat untuk Dr Mahathir membawa bekas tahanan ISA untuk memberi keterangan di KLWCC, kerana sidang dan tribunalnya sudah pun tamat kelmarin. Jika tahun hadapan persidangan dan tribunal ini berlangsung lagi dan ketika itu Allah masih memberi izin untuk Dr Mahathir menghirup udara bumi ini, diharap beliau dapat membawa mereka untuk memberi keterangan mengenai pelbagai bentuk penyiksaan di Kem Kamunting yang direstuinya untuk tatapan dunia. Dr Mahathir tentu berbangga kerana sekurang-kurangnya namanya berada sebaris dengan Bush sebagai antara pemimpin kejam pada zaman kekuasaan mereka. Dr Mahathir tentu tidak mahu orang berkata kuman di Guatanamo dan Abu Gharib saja dia nampak, tapi gajah di Kamunting dia tidak nampak kerana dilindungi oleh hidung besarnya itu!!

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: