Friday, November 13, 2009

-SPR Penipu!! Mahkamah??

Status kerusi DUN Kota Seputeh diketahui Isnin ini.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan Isnin ini untuk memutuskan sama ada pilihan raya baru akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini. Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menetapkan tarikh itu selepas mendengar penghujahan panjang lebar peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Speaker DUN Kedah, Abdul Isa Ismail, yang memohon semakan semula kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Abu Hassan sebagai Adun.

Abdul Isa mahu mahkamah mengisytiharkan bahawa Abu Hassan bukan lagi seorang Adun berikutan kegagalannya untuk menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini dan kerusi berkenaan adalah kosong.Beliau turut memohon perintah supaya SPR mengadakan pilihan raya kecil yang baru.Abdul Isa memfailkan semakan kehakiman itu pada 1 September selepas SPR memutuskan bahawa kerusi Kota Siputeh tidak kosong dan Abu Hassan masih seorang Adun. - Bernama

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: