Sunday, November 8, 2009

-Lagi sabotaj juak-juak BN menjejaskan reputasi Kerajaan Negeri Selangor..




SURAT DARI MAHASISWA..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera dan salam turun yuran...apabila menyentuh mengenai yuran mahal,saya sendiri sebagai pelajar KUIS juga terkena tempias mengenai isu ini.Saya adalah pelajar semester 2 diploma komunikasi di KUIS.untuk fakta kepada semua,yuran semester 1 yang saya bayar hanyalah RM2776.50.tetapi yuran pada semester ini,yuran yang perlu saya jelaskan ialah RM 3800.maka jelaslah bahawa yuran telah meningkat jauh lebih tinggi dari semester lepas sedangkan saya tidak melakukan penambahan subjek dan perkara-perkara lain yang boleh manjadikan harga yuran naik.cuma yang saya dapati,perkara mengenai yuran naik ini belum sampai kepada Dato' Adnan bin Isman,iaitu rektor KUIS pada sebelum ini.

Cuma sampai kepada rektor apabila Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) membuat bantahan pada hari Jumaat yang lepas (6/11/2009).Jadi saya dapat memberi kesimpulan bahawa mungkin Dato' rektor KUIS tidak berkaitan kerana beliau sendiri yang diamanahkan oleh kerajaan negeri Selangor untuk menjaga KUIS sebagai IPT di bawah tadbiran kerajaan Selangor.Cuma yang dapat saya kesan di sini bahawa mungkin sekumpulan "makhluk" dalam Jabatan Pembangunan Mahasiswa (JPM) yang menyelewengkan duit mahasiswa untuk kepentingan mereka.Kerana sebahagian "makhluk" itu merupakan kroni-kroni UMNO/BN yang masih bertugas di dalam KUIS walaupun KUIS telah diurus tadbir oleh kerajaan pakatan rakyat di Selangor.Alasan kenapa mereka dikekalkan di KUIS ialah untuk menjaga keadilan kepada semua pihak tanpa mengira fahaman politik.Namun apabila diberi ruang untuk mereka bekerja,mereka "membalas budi dengan begitu baik sekali".Itulah sebabnya kenapa berkalu kebocoran.Apatah lagi didapati sebahagian staf dalam JPM kecuali Dekannya yang tidak melayan dengan baik persoalan-persoalan dari golongan mahasiswa walaupun mahasiswa yang mengadu kepada mahasiswa itu datang dengan cara yang baik dan beretika.Inilah ulasan dan pemerhatian yang dilakukan oleh saya,mahasiswa KUIS sendiri.

Wallu A'lam


No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: