Monday, November 2, 2009

Pemimpin Umno, PAS, PKR dan SIS Sokong Dr Asri!!!








Lebih 100 individu memenuhi perkarangan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, di sini, pagi ini, untuk memberi sokongan terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang hadir untuk memberikan keterangan berhubung dakwaan dipercayai mengajar ilmu agama tanpa tauliah.






Antara yang hadir ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Azman Shafawi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib, Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin dan pengasas Sister In Islam, Zainah Anwar.

Turut kelihatan ialah wakil kepada Senator Datuk Jamil Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, wakil-wakil Umno, PAS dan PKR; serta beberapa orang peguam.


Mohd Asri ketika dihubungi berkata, beliau tiba di pejabat tersebut sekitar pukul 9 pagi tadi, namun sehingga kini, masih belum ada sebarang pegawai yang muncul untuk mengambil keterangannya.


"Beberapa peguam yang hadir juga ada menawarkan diri untuk memberikan khidmat guaman kepada saya," ujarnya.


Mohd Asri ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tengah malam tadi, namun dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi.


Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam apabila sekumpulan anggota JAIS memasuki sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika Mohd Asri memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.


LSS*


Waah....hebatnya Dr Asri, beliau berjaya mengumpul pengikut dan peminat yang merentasi kepelbagaian idealogi dan fahaman politik. Penahanan Dr Asri berjaya menimbulkan simpati dari khalayak yang bukan sahaja dari tokoh agama, malah parti politik termasuk Pas, PKR dan Umno. Malah Zainah Anwar - pengasas SIS - pertubuhan yang pernah dibedal oleh Dr Asri pun datang memberi sokongan moral.

Tidak kiralah Dr Asri itu berfahaman Wahabi, Kaum Muda atau apa-apa fahaman, tetapi ketelusan dan keberaniannya memberikan pandangan agama menarik perhatian ramai orang. Harap Dr Asri terus begitu - neutral dan berani! Tidak perlulah masuk kandang Pas, PKR atau UMNO kerana ia akan membataskan ilmu yang disebarkan.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: