Kempen Perlembagaanku : Mantapkan Pengetahuan Perundangan di Kalangan Rakyat.
Bermula 13 Novomber ini, rakyat seluruh Malaysia berpeluang untuk mempelajari secara mudah dan jelas tentang Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Tidak ramai yang tahu hak-hak kewarganegaraan yang terkandung dalam Perlembagaan. Kejahilan ini tidak diambil-berat oleh orang-ramai, mendedahkan mereka kepada penipuan pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Menyedari betapa seriusnya masalah ini, Majlis Peguam Malaysia akan melaksanakan Kempen PERLEMBAGAANKU bermula Jumaat ini.
Kempen yang akan diadakan selama dua tahun ini mahu mendidik dan meningkatkan kesederan rakyat Malaysia betapa pentingnya setiap warganegara celik Perlembagaan.
" Kita mahu rakyat sendiri membaca dan memahami Perlembagaan Persekutuan untuk diri mereka sendiri. Setakat 50 tahun ini, kita mendengar hanya mereka yang mahir, ahli akademik dan peguam yang memberitahu rakyat Malaysia apakah interpretasi Perlembagaan Persekutuan bagi mereka" ujar wakil Majlis Peguam Malaysia, Edmund Bon Tai Soon.
Perlembagaan Persekutuan adalah intipati pembentukan negara Malaysia. Namun tinjauan Majlis Peguam mendapati hanya segelintir yang memahaminya.
Ujar Edmund, apa yang lebih merunsingkan, melalui kajian yang telah dilakukan terhadap rakyat Malaysia, memberikan petunjuk rata-ratanya tidak memahami sepenuhnya apa itu Perlembagaan Persekutuan.
Menurut Edmund, setiap fasa kempen yang diadakan akan diterjemahkan melalui buku panduan yang mudah untuk difahami dan didatangkan dalam bentuk yang menarik.
" Semua 100 peratus mengatakan kesedaran terhadap peruntukan perlembagaan persekutuan adalah pada satu tahap yang sangat rendah. Majlis peguam cuba untuk menjayakan satu program untuk meningkatkan kesedaran tersebut".
Orang awam yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan perjalanan kempen Perlembagaanku boleh menontonnya melalui youtube dan juga memasuki laman sosial, facebook.
" Sepanjang tempoh dua tahun ini mengandungi 9 fasa. 9 fasa itu merangkumi semua tema-tema Perlembagaan Persekutuan. Setiap tema kita akan mengeluarkan buku panduan" ujar Edmund.
Menampilkan peguam dan pakar perlembagaan terkemuka negara, kempen ini mensasarkan golongan belia dari 15 tahun hingga 35 tahun. Edmund berkata sasaran umur ini adalah penting untuk membentuk generasi yang celik perlembagaan.
" Target sebenar adalah untuk golongan muda, 15 tahun sehingga 35 tahun. Tetapi ia tidak akan menjadi ekslusif kalau ahli-ahli politik, badan-badan kehakiman dan kalau kerajaan mahu membantu kami untuk menyebarkan maklumat ini, kami akan bekerjasama" kata Edmund.
No comments:
Post a Comment