Malam tadi saya ada tulis dan buat ulasan dalam blog ini mengenai petikan berita Bernama bertajuk, "PAS Kelantan Tidak Mahu Campur Isu Nik Aziz". Berita Bernama itu mempunyai tajuk yang menarik, tapi isi kandungannya tidak membawa erti besar. Cuma adalah sedikit disentuh oleh Bernama dalam 5 baris ayat mengenai cerita kelentong akan perletakan jawatan menantu Tuan Guru Nik Aziz yang bernama Abdul Ariffahmi dan Husam Musa:
Ketika membaca tajuk berita Bernama itu, sudah di ramalkan pasti ada wartawan pembodek BN akan memanjang lebarkan berita yang tidak membawa makna apa-apa itu. Ramalan tidak meleset apabila hari ini saya melihat tajuk besar di muka hadapan dalam Mingguan Malaysia:
"Husam Letak Jawatan?"
Malangnya berita mengenai 'pergolakan' dalam PAS itu hanya menarik Mingguan Malaysia saja. Berita Minggu, New Sunday Times, Star, Sinar Harian dan lain-lain tidak menjadikan ia sebagai berita besar, mungkin kerana ia cuma cerita di balik secangkir kelentong saja. Mungkin ia berita kecil yang yang tidak penting bagi akhbar-akhbar cabuk macam tu .
Tapi Mingguan Malaysia? Rupanya ia berita penting untuk Mingguan Malaysia. Berita yang hanya ditulis dalam 5 baris oleh Bernama sebaliknya diulas menjadi 45 baris oleh Mingguan Malaysia!
fuh! ini yang di panggil kelentong gila - babi.
Tapi jika dibaca keseluruhan isi berita dalam Mingguan Malaysia itu pun, tidak ada apa isu besar yang dibangkitkan. Tidak pun disentuh berita yang mengesahkan Husam akan meletak jawatan. Yang ada disebut cuma Husam tidak sihat dan akan menjalani pembedahan tulang belakang.
Namun akhirnya di hujung beritanya Mingguan Malaysia mengaku apa yang dilaporkan itu cuma sekadar 'kelentong kaw - kaw'. Aduhai, terpedaya member - member 1 malaysia yang membaca berita itu, rupanya ia hanya sekadar kelentong, detik hati . Alahai....rupanya ada akhbar established yang mungkin kerana hampir bengkrap dan terpaksa menjadi pelebong cerita - cerita kelentong jerkk!
ini sudah bagus nanti kalau ada chance SK dan Harakah boleh jadi akhbar Utama 1 Malaysia.
ini sudah bagus nanti kalau ada chance SK dan Harakah boleh jadi akhbar Utama 1 Malaysia.
No comments:
Post a Comment