Tuesday, January 5, 2010
-Allah Maha Besar.. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Allah dimana-mana..
Tak berhakkah buah, kaktus dan awan diatas mempunyai dan membentuk tulisan Allah?? Bukti Allahhuakbar..
Fahami maksud tersirat "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.." Allah wajib disembah sekelian umat manusia.. Cuma segelintir manusia yang telah memesongkan Agama Samawi lain yang asal sebelum kedatangan Agama Islam.. Fahaman berbeza tapi sekali lagi ditegaskan Allah wajib disembah sekelian manusia malah makhluk sekelian Alam.. Allah sahaja akan mengadili dosa, pahala hambanya.. Yang kita perlu pertahankan jangan Agama Islam dipermainkan dan dipersendakan.. Dan memelihara nama Allah.. Wallahulalam..
–Kenyataan Akhbar Parti Keadilan Rakyat mengenai isu Kalimah 'ALLAH"..
Merujuk kepada kenyataan kami pada 22 November 2009 mengenai perkara di atas, maka BIPPA PKR sekali lagi ingin menjelaskan pendirian kami mengenai hal ini.
Kami berpendirian bahawa, keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini.
Sesungguhnya, kami melihat fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani bahawa manusia memperakui penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmannya yang bermaksud:
“Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah…” (Al Quran, Az-Zumar (39):38).
Adalah jelas bahawa penggunaan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan. Ini adalah serasi dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) yang menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan lain-lain agama boleh diamalkan dengan aman dan damai. Sesungguhnya, ini juga bersesuaian dengan muafakat Pakatan Rakyat yang diputuskan baru-baru ini.
Selanjutnya, kami berpandangan perjuangan untuk menegak makruf dan mencegah mungkar akan menjadi lebih mudah dan selesa berasaskan firman Allah:
“Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)” (Surah Ali `Imran(3):64).
Sehubungan itu, demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara semua pihak perlulah menyelesaikan konflik ini dengan menyuburkan budaya dialog antara agama secara matang dan bijaksana (hikmah) sebagaimana saranan Allah mengenainya (Al Nahl: 125 dan Al Ankabut:46).
Sekian. Terima kasih.
Dr. Muhd Nur ManutyPengerusi
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA)
Parti Keadilan Rakyat.
05 Januari 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment