Monday, January 18, 2010

Tahniah, Pro-Mahasiswa Hampir Sapu Licin Kerus MPP UMT

KUALA LUMPUR, Jan 18 — Kumpulan Pro-Mahasiswa memecahkan tradisi penguasaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan memenangi pilihan raya kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang berlangsung semalam. Dalam pemilihan yang keputusannya diumumkan lewat petang semalam, kumpulan Pro-Mahasiswa menguasai 11 daripada 12 kerusi MPP yang dipertandingkan.

Ini kali pertama kumpulan itu menguasai majoriti MPP yang menawarkan 12 kerusi melibatkan empat fakulti. Setiap fakulti masing-masing menyediakan dua kerusi dan empat kerusi lain adalah kerusi kategori umum.

MPP UMT sepanjang empat sesi pengajian lalu dikuasai kumpulan Pro-Aspirasi. Kumpulan Pro-Aspirasi dilabelkan sebagai ikatan menyokong prinsip perjuangan politik kerajaan persekutuan manakala Pro-Mahasiswa dilihat mempunyai pendirian yang bertentangan.
Jurucakap Kumpulan Pro-Mahasiswa yang dihubungi The Malaysian Insider menyifatkan ini kali pertama pihaknya berjaya “memecahakan tradisi kemenangan kumpulan Pro-Aspirasi.”
“Kejayaan ini menunjukkan pelajar di universiti ini juga mahukan perubahan dalam kepimpinan agar mereka dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelajar... mereka kelihatan kecewa dengan kepimpinan MPP sebelum ini,” katanya.

UMT merupakan antara IPTA yang sedang mengendalikan pilihan raya kampus.
Minggu lalu kumpulan Pro-Mahasiswa, melibatkan 14 universiti awam, telah melancarkan Misi-10 iaitu sasaran menawan kampus dalam pilihan raya MPP yang berlangsung mulai bulan ini.
Sebahagian besar universiti awam tempatan akan mengadakan pemilihan MPP secara berperingkat mulai bulan ini bagi semester pengajian 2009/2010 — pendekatan yang digunakan sejak sesi pengajian lalu. Bagaimanapun pilihan raya kampus Universiti Utara Malaysia sudah pun berlangsung semester lalu dan dikuasai oleh kumpulan Pro-Aspirasi Mahasiswa.
Pada sesi pengajian lalu kumpulan Pro-Mahasiswa hanya menguasai dua universiti, bakinya oleh Pro-Aspirasi.



LSS: Tahniah mahasiswa UMT. Semoga kebangkitan pro-mahasiswa akan menjadi petanda satu permulaan yang yang baik kepada semua IPTA di negara ini.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: