Di pagi hari pada pesta Pongal biasanya kaum wanita akan mengemas rumah dan menghiasi rumah dengan 'kolams'. Kolams ialah hiasan lantai yang diperbuat dari beras yang diwarnakan.Biasanya kolams ini dibuat di depan pintu rumah, sebagai tanda selamat dan rahmat supaya isi rumah mendapat kesejahteraan.Kemahiran membuat kolams ini biasanya diwarisi turun temurun. Walaupun nampak susah, tetapi masyarakat Hindu boleh membuat kolams yang unik, cantik dan menarik- kebanyakannya bermotifkan tumbuhan.
Beras yang diguna membuat kolams ini juga boleh dimasak untuk dijadikan juadah kepada tetamu.Beras manis ini dimasak dengan kunyit dan halia dan dimakan dengan dhal dan susu. Tidak ketinggalan juga minyak sapi dan badam.selain dari dijadikan hidangan tetamu, beras ini juga diletak di kuil untuk dipersembahkan kepada Dewa.Oleh kerana beras ini manis, biasanya kolams yang dibuat akan habis dimakan oleh serangga. bagi masyarakat Hindu, ini adalah kebajikan yang mereka buat untuk haiwan.
Selain juadah yang disebutkan, terdapat juga makanan tradisi yang lain seperti 'vadaas' , 'payasam' dan keledek untuk dijamu semasa Pongal.Perayaan ini biasanya disambut selama empat hari.Pada hari pertama, ia dikenali sebagai hari 'Bhogi' iaitu hari untuk menyembah Dewa Hujan.Dihari ini penganut Hindu akan mengamalkan mandi minyak bijan,sebagai permohonan untuk kehidupan baru yang lebih baik.
Hari kedua semasa Pongal ialah hari 'Surya'. Ia adalah khas untuk Dewa Matahari. upacara yang dilakukan pada hari ini ialah memasak beras bersama susu lembu, untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari.Hari ketiga adalah hari yang dikhaskan untuk haiwan lembu.Ia dipanggil hari 'Mattu'. Masyarakat Hindu percaya bahawa lembu ialah binatang suci yang banyak berjasa kepada manusia.
Hari terakhir Pongal pula adalah hari dimana kawan-kawan yang berjauhan datang untuk melawat.Ia membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka yang lama terpisah.Perayaan Pongal ini bolehlah diaanggap hari masyarakat Hindu mengukuhkan ikatan sesama mereka.
Kehadiran Angkatan Muda Shah Alam bersama - sama meraikan "ponggal" dengan menyumbang dua ratus batang tebu bersama daun pucuk kelapa buat penganut Hindu bersembahyang untuk mengucapkan syukur kepada dewa matahari(suryan) yang telah memberikan kemakmuran kepada hidup mereka.
Sumbangan Tebu dan daun pucuk kelapa telah di sampaikan oleh En. S.P Sarawanan dan En. Afzainizam@Ajai yang merangkap sebagai Naib Ketua Angkatan Muda keadilan Shah Alam mewakili ADUN Kota Anggerik iaitu YB Yaakob Sapari buat penganut - penganut Hindu di DUN Kota Anggerik..
Dengan sumbangan ini menunjukkan keharmonian kaum yang di susun oleh kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat tanpa mengira kaum dan anutan agama.
No comments:
Post a Comment