Friday, January 8, 2010

Minyak naik harga :Operasi rompakan geng United MuNkEeE sudah lengkap

dsc905913fm.jpg









DUA HARGA PETROL MULAI 1 MEI – berita hairan

Dua harga petrol berbeza untuk warga negara dan bukan warga negara akan diperkenalkan bermula 1 Mei 2010, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Dia berkata, kepada warga negara, pelaksanaan harga petrol pula antara lain akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan, yang bermakna bukan semua warga negara akan menikmati subsidi yang disediakan.



Satu lagi kelentong kepada rakyat satu malaysia,terbongeng dan tertongeng depan mata pada sesiapa yang biasa isi minyak di petrol - petrol pam.Kalau anda sendiri mengisi minyak di petrol pam adakah pekerja pam akan bertanya pada anda "sir , how big your engine capacity?" kah..kah..kah...

Suka hati anda lah berapa nak bagi tahu ! tapi apa yang "real" nya idea bangang itu tak perlu lah kita percayai kerana itu hanya sekadar nak me'MuNkEeE' kan kita sahaja.Itu cuma sekadar alasan nak menyusahkan rakyat 1 malaysia dan memenuhkan poket "mama penguin".

Maka dengan itu lengkaplah operasi rompakan geng United MuNkEeE.

Mula - mula beras naik harga,lepas tu kos pengangkutan awam,Lepas tu mengenakan Cukai barangan dan perkhidmatan(GST),lepas tu harga gula dan yang akhir sekali Minyak Petrol dan diesel pula.Dan dalam pada itu boleh kelentong lagi Setiausaha PKR Datuk Salleh letak jawatan supaya dapat mengaburi mata rakyat satu malaysia.

Kita tunggu dan nantikan akan ada MuNkEeE yang kelam - kabut akan datang dan heboh nak buat debat perdana atau debat "putu mayam" tunggu dan nantikan sebab nanti pasti ada mangkuk ayun yang menggelabah sampai berbuih - buih mulut nak buat perbandingan harga minyak - di malaysia lebih murah dari di Iran,venezuela,Thailand dan Singapore,kita saksi kan sendiri nanti pasti harga barang makanan makin mahal.

Lihat lah sendiri nanti bila beras naik akan ada cadangan dan idea bangang yang mencadangkan supaya jangan makan nasi kerana beras mahal jadi rakyat 1 malaysia harus kena makan roti atau pun ubi kayu kerana itu lebih berzat. Tak percaya? Cuba tanya pelajar itm tahun 70’an semua diberi makan roti kerana makan roti akan jadi pandai macam mat salleh kah... kah... kah.....

Cuba tanya pada mereka - mereka yang lalui masa - masa kenaikan harga barang pada dua tahun lepas,saksikan sendiri dengan mata kepala komeng anda pasti ada haramjadah dari Universiti Jalan Klang Lama yang akan mencadang supaya makan ubi kayu kerana ubi kayu punya lebih zat berbanding nasi dan akan menjadikan kita lebih bangang dan MuNkEeE..kah..kah..kah

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: