Saturday, January 2, 2010

-Pemilik Kilang Gula diutamakan, Rakyat Dikemudiankan..

Pemilik Kilang Gula Kaya-Raya, Rakyat Ibarat semut..


Sekali lagi kisah gula 'melanda' rakyat Malaysia. Jika sebelum ini heboh tentang kekurangan gula di pasaran akibat belian panik rakyat Malaysia sendiri, kali ini isunya berkisar tentang kenaian harga Gula.. Lebih perlu diketahui kisah sebalik subsidi gula. Tapi mungkin tiada pihak yang memainkan isu ini maka ia tidaklah menjadi hangat.

Bila bercakap tentang gula, pastinya ramai yang mengetahui tentang orang terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Robert Kuok yang mendapat jolokan Raja Gula. Beliau melalui kumpulan syarikatnya menguasai lebih 50% pasaran gula di Malaysia dan juga menyumbang kepada 10% pengeluaran gula dunia.

Tetapi itu semua sudah berlalu.
Pada akhir bulan Oktober 2009, PPB Group Berhad, sebuah syarikat milik Tan Sri Robert Kuok ini telah mengumumkan untuk menjual sepenuhnya anak syarikat milik penuh mereka iaitu Malayan Sugar Manufacturing Company Bhd (MSM) kepada Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (Felda). Transaksi perniagaan yang bernilai RM1.22 bilion tersebut akan dibayar oleh Felda secara tunai. MSM adalah pengeluar gula yang menguasai 50% daripada pasaran domestik.

Selain itu, PPB juga menjual 50% pegangannya di dalam Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd beserta sebidang tanah di Chuping, Perlis.
Pada masa yang sama, satu lagi syarikat milik Tan Sri Robert Kuok iaitu Grenfell Holdings Sdn Bhd juga berhasrat untuk melepaskan 20% pegangannya di dalam Tradewinds (M) Bhd kepada Felda dengan jumlah transaksi bernilai RM207 juta yang akan juga dibayar secara tunai. Syarikat ini memiliki kepentingan secara tidak langsung di dalam Central Sugar Refinery Sdn Bhd (CSR) melalui pegangan 20% di dalam Tradewinds. CSR Sdn Bhd adalah syarikat milik penuh Tradewinds (M) Bhd.

Tradewinds (M) Bhd juga memiliki satu lagi kilang pengeluar gula iaitu Gula Padang Terap Sdn Bhd yang dibeli sepenuhnya pada tahun 2006. Ini bermakna, selepas kedua-dua transaksi ini Tradewinds menjadi pengeluar utama gula di Malaysia.
Untuk pengetahuan semua juga, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary memiliki pegangan majoriti di dalam Tradewinds. Maka, dengan keluarnya syarikat milik Tan Sri Robert Kuok daripada industri pemprosesan gula, boleh kita tabalkan Tan Sri Syed Mokhtar sebagai Raja Gula Malaysia yang baru?


Bebaskan terus pasaran gula negara. Ini bermakna tiada lagi kawalan dan monopoli pasaran gula, tiada lagi permit impot gula diberikan mengikut kuota tertentu atau had tertentu. Tiada lagi lindungan terhadap industri gula tempatan. Biar pasaran bebas menentukan harga gula. Subsidi beras, petrol, gula dan entah apa lagi akan terus disebut untuk dikurangkan. Cakap orang yang cuba Memperbodohkan Rakyat.. Rakyat Makin Tertekan.. Kurangkan Subsidi+ Barang Naik+Gaji Naik+Kuasa membeli Rakyat Malaysia Naik ini lebih baik berbanding beri subsidi tapi Kapitalis yang Kaya-Raya+Barang Tak murah pun+ Gaji Tak naik-naik+Kuasa membeli Rakyat semakin menurun.. Ciss.. Sedarlah wahai Bangsaku MALAYSIA...

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: