Wednesday, January 6, 2010

-HEBAHAN MEDIA AMK; DSAI failkan afidavit berkaitan tuntutan Qazaf..



Salam semua,

Dato' Seri Anwar Ibrahim akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur,
7hb Januari 2010, hari Khamis, jam 10 pagi untuk menghantar affidavit serta menandatangani wakalah berhubung tuntutan qazaf yang sengajaditangguhkan itu.Responden bagi tuntutan ini ialah:

1. SHAMSUDDIN BIN HUSSAIN, KETUA PENDAKWA SYARIE WILAYAH PERSEKUTUANdinamakan di atas yang mempunyai alamat di Jabatan Agama Islam WilayahPersekutuan, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, 50676 Kuala Lumpur.

2. DATO’ HJ CHE MAT BIN CHE ALI, PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAMWILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) dinamakan di atas yang mempunyai alamat diJabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kompleks Pusat Islam, JalanPerdana, 50676 Kuala Lumpur.

3. MEJAR JENERAL DATO’ HJ JAMIL KHIR BIN HJ BAHAROM (B) MENTERI DIJABATAN PERDANA MENTERI dinamakan di atas yang mempunyai alamat diAras 9, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62159 W.P. Putrajaya,Malaysia.


Antara tuntutan tersebut:

1. Bahawa Mahkamah yang Mulia ini melaksanakan kuasa-kuasanya di bawahSeksyen 244 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-WilayahPersekutuan) 1998 dan memerintahkan Responden Pertama supayamenggunakan kuasanya yang diberi di bawah Seksyen 58(2) AktaPentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993bagi mendakwa Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan kerana kesalahan Qazafdi bawah Seksyen 41 Akta Jenayah Syariah 1997 dan/atau Hukum Syarakdalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh Perintah Mahkamah

2. Bahawa Mahkamah yang Mulia ini melaksanakan kuasa-kuasanya dibawah Seksyen 244 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-WilayahPersekutuan) 1998 dan memerintahkan Responden Kedua dan RespondenKetiga supaya menunaikan amanah dan melaksanakan kewajipan mereka dibawah undang-undang dan Hukum Syarak.
Semua warganegara Malaysia KECUALI kakitangan Utusan Malaysia adalah dijemput memberikan sokongan


Biro Penerangan
Angkatan Muda Keadilan

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: