Friday, January 8, 2010

-Demonstrasi Bukan Budaya kita? Ini Pesanan dari Radio mana?

[dn_27.1.jpg]

" Ayuh kita berdemonstrasi" kata Ajai "tapi radio pagi tadi kata Demo bukan budaya kita" kata Bob
Dulu diorang kata kata demonstrasi bukan budaya kita. Sekarang kerajaan yang sama berkata "boleh demo" pulak. Pagi tadi ketua kerajaan itu, Najib Al - Monggoli berkata kerajaan tidak menghalang demonstrasi berkaitan penggunaan kalimah Allah yang bakal diadakan di beberapa lokasi esok. Ertinya kerajaan sudah bagi lampu hijau untuk berdemonstrasi. FRU tidak akan kacau dan polis tidak akan menangkap sesiapa yang berdemonstrasi esok. Tiba-tiba Malaysia sudah jadi negara demokratik?? woitt!! ni lawak apa ni? lawak MuNkEeE jenis apa???

Kerajaan membenarkan demonstrasi kerana United MuNkEeE sayangkan kalimah Allah. United MuNkEeE sayang Allah, United MuNkEeE sayang Allah!! walaupun 1 malaysia dah tahu suatu masa dulu geng United MuNkEeE lah yang mempersendakan hukum - hukum allah.Antara beberapa ucapan yang menghina hukum Allah yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin United MuNkEeE ialah:



i) "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama".(Mahafiraun, 2.5.1992)

ii) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'. (Mahafiraun, 14.7.1992)

iii) "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".( Mat Monggol : 20.4.1993)

iv) "Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud". (Mahafiraun, 1994)

v) "Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum (hudud) yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" (Mahafiraun, 3.3.1994)

vi) 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'. (Mahafiraun, 3.3.1994)

vii) "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam". (Mahafiraun : 4.8.1994)

viii) "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran Islam"(Mahafiraun, 14.4.1994)


ix) "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain, akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat" (Mahafiraun, 5.9.1997)
x) "Apa erti pembentukan negara Islam jika ia mundur". (Pak Lah: 13.11.1999)
Ketika Dr Mahathir dan Pak Lah menjadi PM dahulu, sayap Pemuda dan Wanita United MuNkEeE serta NGO Melayu pro-MuNkEeE tidak pernah melakukan bantahan apabila pemimpin-pemimpin kesayangan mereka pedas mengkritik hukum Allah. Jika hari ini Mat Monggol sendiri yang menyatakan beliau menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai penggunaan nama Allah itu, saya sangat yakin Pemuda dan Wanita United MuNkEeE tidak akan menyalahkannya.

Minggu depan cuba kita adakan demonstrasi untuk mengingat kembali peristiwa serangan polis terhadap penduduk Kampung Memali yang ketika itu baru selesai menunaikan perintah Allah - bersolat subuh. Lepas itu kita adakan pula demonstrasi meminta lesen judi ditarik balik dan kasino Genting Highland ditutup, kerana ia bertentangan dengan hukum Allah. Kemudian kita adakan demonstrasi menuntut kilang arak menghentikan operasinya, pusat hiburan yang menyajikan arak juga ditarik balik lesennya di negara ini kerana ia juga bertentangan dengan hukum Allah. Lepas itu kita buat pula demonstrasi supaya hudud dilaksanakan di negara ini. Kemudian kita berdemonstrasi meminta isteri Mat Monggol,Mama Penguin dan isteri-isteri menteri berpakaian seperti yang dikehendaki oleh hukum Allah. Lepas itu kita adakan lagi demonstrasi meminta Mat Monggol dan Mama Penguin menafikan mereka tidak mengikuti acara keagamaan Hindu seperti yang pernah didedahkan sebelum ini. Lepas itu....lepas itu...lepas itu....kita berdemonstrasi lagi dengan pelbagai isu bagi menegakkan hukum Allah.



"yeah!!! pedulik apa radio nak kata apa,yang penting demonstrasi adalah suara rakyat di negara maju" kata sharks


Kemudian kita tengok sama ada Mat Monggol akan berdiam diri dan berkata kerajaan tidak menghalang sesiapa pun berdemonstrasi. Awak nak berdemonstrasi mengenai Memali, mengenai judi, mengenai arak atau mengenai bini aku isteri Rosmah atau mengenai Altantuya, engkau punya pasallah, ia tidak kena mengena dengan aku!!.



Atau Mat Monggol akan menghantar FRU, gas pemedih mata, bom asap, air pancutan kimia dan anjing - anjing Siput Babi kerana demonstrasi tidak dibenarkan di negara ini, kecuali jika ia menguntungkan United MuNkEeE. Kerana nama Allah adalah hak eksklusif orang Islam, tapi menegakkan perintah Allah bukan hak eksklusif siapa-siapa!!

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: