Sabtu lepas saya ada menulis mengenai Anugerah Juara Lagu (AJL) ke- 24 di sini. Dan malam tadi selepas solat isyak, kerana tiada aktiviti lain saya cuma termangu di depan TV di rumah bersama member - member serumah. Kerana member - member serumah begitu minat AJL, saya pun tumpang sekaki menontonnya. Apa yang saya tonton hampir menepati apa yang saya ramalkan, kebanyakan artis wanita kita berpakaian seperti lupa kepada hukum Allah. Dalam banyak-banyak artis wanita yang menyanyi itu cuma seorang yang berpakaian agak sopan - Yuna.
Dan yang ironisnya Yuna dengan penampilan yang agak berbeza itu menang pula di tempat kedua. Lagu 'Dan Sebenarnya' nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh Yuna sendiri telah berjaya meraih kemenangan dan membawa pulang wang tunai RM15,000 serta trofi.
Yang menarik perhatian saya terhadap Yuna ialah intro lagu 'Yang Sebenarnya' itu yang berkali-kali menyeru nama 'oh bulan...bulan...bulan....bulan...bulan', entah berapa kali bulan disebutnya berulang kali. Tiba-tiba saya teringat bulan mengambang disalut latar belakang hijau!! Dan begitulah yang sebenarnya, bulan sentiasa dalam ingatan semua orang, termasuk mungkin juga Yuna.

Saya tidak tahu apa perasaan Rais Yatim yang turut hadir bersama isterinya malam tadi apabila Yuna menyeru-nyeru nama bulan berkali-kali. Saya rasa tentu dia kecil hati kerana tiada siapa yang menyeru nama oh keris....keris....keris,,,keris dan dacing...dacing...dacing...MuNkEeE..MuNkEeE...MuNkEeEdalam AJL itu.
kah...kah...kah.......
pas ni nyanyi lagu mata....mata....mata....roket....roket....roket...kah..kah..kah
No comments:
Post a Comment