Sunday, January 3, 2010

sapa berani tangkap polis yang bagi khutbah jumaat

Saya sokong 1000% hasrat Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi yang akan menyampaikan khutbah Jumaat di masjid terpilih di seluruh negeri itu bagi menyalurkan maklumat secara lebih tepat dan jelas mengenai pencegahan jenayah.



"Saya sendiri akan menyampaikan khutbah di setiap masjid yang dipilih di seluruh negeri bagi menyampaikan maklumat mengenai jenayah dan cara-cara untuk mencegahnya secara lebih tepat dan berkesan," katanya kepada pemberita di Kota Baru hari ini.


Ketika menyampaikan khutbah, Datuk Rahim tentu boleh menyentuh banyak isu yang ada kaitan dengan polis dan hubungannya dengan orang ramai. Mungkin beliau boleh menyentuh isu mengapa kepercayaan rakyat kepada polis kian terhakis, mengapa begitu ramai bilangan anggota polis yang terlibat dengan jenayah walaupun mereka sepatutnya menjadi pelindung rakyat dari ancaman jenayah. Beliau juga mungkin ingin menyentuh mengenai beberapa pegawai atasan polis yang dikatakan ada kaitan dengan kegiatan gangsterism, mengapa ramai anggota polis menerima rasuah, mengapa polis menggunakan dua set undang-undang yang berbeza ketika berhadapan dengan aktiviti PR dan BN dan mengapa polis di Malaysia lebih layak digelar PRDM (Polis Raja Di Malaysia) dan bukannya PDRM.


Saya juga berharap Ketua-Ketua Polis Negeri lain juga seperti Datuk Rahim bersedia untuk turun padang menyampaikan khutbah Jumaat di negeri masing-masing. Dan tentu lebih manis jika Ketua Polis Negara, Datuk Musa Hasan sendiri sudi menyampaikan khutbah Jumaat di mana-mana masjid terpilih di negara ini. Beliau boleh memilih apa-apa tajuk yang sesuai yang ada kaitan dengan jenayah termasuk dirinya yang dikatakan rapat dengan penjenayah. Jika susah sangat hendak mencari tajuk khutbah yang sesuai, beliau juga boleh memilih tajuk "Musa Hasan, Paul Augustine dan Tilam" bagi mengimbas kembali sejarah lucu perbicaraan yang mana beliau adalah antara watak utamanya kira-kira 10 tahun dulu.

Sebagai anak kepada seorang alim terkenal, selain dari menyelitkan khutbahnya dengan mafhum al-Quran dan hadith, Datuk Hasan yang diketahui berpendidikan tinggi itu mungkin juga ingin menyelitkan mutiara kata dari pelbagai sumber luar. Mungkin beliau ingin menyampaikan mutiara kata dari Nelson Mandela, yang pernah menyatakan apabila sesuatu kerajaan menggunakan institusi kerajaan (termasuk polis) untuk bertindak zalim dan ganas terhadap rakyatnya sendiri, itulah tanda-tanda awal kejatuhan kerajaan tersebut!

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: