Lagu Janji dicapati

Loading...

Monday, January 11, 2010

Lepas Gereja di bakar,Sekarang diorang ugut nak bakar kereta pulak



Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan semalam menunjukkan khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam henset mewahnya kepada wartawan-wartawan. Kandungan henset itu kononnya mengatakan terdapat golongan tertentu yang akan membakar kereta-kereta di kawasan Brickfields jika kereta-kereta terbabit mempunyai tasbih dan mempunyai artikel berunsurkan agama Kristian.

Siapa yang berani-berani menghantar SMS kepada Musa Hassan? Nak mampos ke, hantar SMS kepada ketua polis negara yang sangat berkuasa tu? Kalau hantar SMS puji Musa handsome atau bini dia cantik tak apalah, ini hantar SMS buat cerita palsu. Nak mampos betul!!


Siapa si-bangang yang berani hantar SMS kepada Tan Sri CPO ni? Bangang sungguh! Yang herannya di mana si-bangang ini dapat nombor telefon Musa? Biasanya nombor telefon orang besar-besar ni bukan senang nak dapat, belanja makan PA di pejabatnya pun belum tentu dapat nombor telefon bossnya.


Jangan-jangan SMS itu sengaja direka-reka untuk mencetuskan kekacauan. Dan lepas jadi kacau bilau mudahlah ditubuhkan apa-apa badan seperti MAGERAN atau apa-apa lagi namanya bagi menyenangkan mulut rakyat ditutup dan parti dacing cap ayam melebarkan kembali pengaruhnya yang kian pudar itu.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: