Mat Monggol, hari ini mengajak rakyat Malaysia sama-sama berfikir apakah perlu kerajaan terus memberikan subsidi harga gula, satu bahan makanan yang ternyata boleh mendatangkan kemudaratan kepada rakyat.
kata MuNkEeE ni, kerajaan membelanjakan hampir RM1 bilion setiap tahun untuk subsidi harga gula, sedangkan bilangan pesakit kencing manis di negara ini adalah antara yang tertinggi di dunia.
"Apa yang patut dilakukan kita perlu mengubah cita rasa kita supaya kita kurangkan gula, saya sendiri tak guna gula kalau minum teh. Maknanya kita boleh ubah cita rasa kita, tak perlu gula terlalu banyak.
Nampaknya Orang melayu 1 malaysia kena kelentong habis - habisan sebab zaman ini orang boleh dapat maklumat dengan cepat dan mudah tak caya ....
perhatikan di sini....
PULAU TINY NAURU ANTARA YANG MEMPUNYAI PENGIDAP DIABETES TERTINGGI DI DUNIA .
- Al-Jazeera Selasa 20 Mac 2008
Al-Jazeera telah melakukan beberapa siri khas penyelididkan di Oceania pulau kecil Nauru, yang berada di kedudukan yang jauh sehingga Duta Besar Amerika Syarikat untuk Fiji hanya dapat menangani isu-isu yang berkaitan yang muncul di pulau Pasifik Selatan itu juga masalah pertahanan yang yang di peruntukan berdekatan Australia. Kedudukan satu kilometer persegi daripada atol karang menjadikan persekitaran berpadanan untuk menghasilkan makanan. , penduduk yang tinggal di salah satu negara terkaya tapi sekarang menderita dengan kekurangan fosfat yang hampir habis,yang tinggal cuma sejumlah besar makanan olahan. Dan inilah hasilnya:
"Sekitar empat perlima daripada 13.500 pulau penduduk mengalami obesiti dan dianggarkan 30 peratus mempunyai diabetes.
Kebanyakan daripada mereka mengidap dua jenis diabetes, disebabkan oleh kurangnya senaman dan tabiat makan yang buruk.
Hanya tiga peratus daripada penduduk Nauru yang hanya makan buah dan sayuran secara teratur, memilih dan bukannya yang diproses dan juga makanan segera.
Itu bererti masyarakat Nauru mempunyai harapan untuk hidup dalam jangka masa panjang berkurangan - untuk laki-laki itu di bawah 50 tahun.
BELI KAPAL SELAM RAZAK BAGINDA JADI KAYA
TAPI
KALAU BUAT LADANG TEBU - SAMPAI KIAMAT DAPAT GULA
TAMBAH SUBSIDI SEBANYAK RM260 JUTA JIKA HARGA GULA KEKAL - mStar
Kerajaan terpaksa menambah peruntukan subsidi gula sebanyak RM260 juta setahun jika harga gula di pasaran kekal pada harga RM1.45 sekilogram, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi Ismail Sabri Yaakob.
Katanya walaupun berlaku kenaikan bahan itu sebanyak 20 sen setiap sekilogram kerajaan masih memberikan subsidi berjumlah RM1.2 bilion seperti subsidi tahun lepas.
Beliau berkata rakyat seharusnya memahami masalah kenaikan harga bahan itu dan bukannya kerajaan bertujuan menghapuskan subsidi atau membebankan rakyat. Ini benda semua dah jadi mengelabah,duit dah habis beli kapal selam,duit dah habis beli sukhoi, sekarang MIG-29n pulak di kasi jual tak tahu la h kalau itu menjadi salah satu usaha untuk cover subsidi.
Lihatlah MuNkEeE - MuNkEeE ni ni....habis kan 2 bilion untuk beli kapal selam,habis berbilion - bilion buat litar sepang,habiskan sampai 12 billion kat projek PKFZ.Kalau lah duit rakyat yang di hanguskan berbilion - billion tu di gunakan untuk buka ladang tebu rasanya kita boleh tampung bekalan gula sampai dunia ni kiamat.Jadi tak payah nak bodohkan melayu dengan macam - macam alasan.
No comments:
Post a Comment