Tuesday, January 5, 2010

Orang kulim ni tak sedar - sedar lagi???

zulnoordinposter-1.jpg image by malaysianunplug

Sebelum ini, berbagai pandangan berbelah bagi daripada pemimpin PAS dalam memperkatakan isu penggunaan kalimah Allah.Masing-masing ada hujahnya.Tapi manalah nak lawan hujah yang bersandarkan nas dari al-Quran.

Alhamdulillah, dan kita semua berharap , dimasa hadapan, agar PAS dapat segera menangani isu nasional dengan kadar segera terutamanya apabila ada kaitannya dengan agama.

Namun, timbul persoalan : Adakah YB Zul Kulim akan keluar Pakatan Rakyat dan Menjilat hingusnya sendiri:

Apabila saya menegur YB Khalid Samad yang nampak terlalu terpengaruh dan menari-nari dengan rentak mainan kumpulan bukan Islam, dengan nas, dalil, bukti dan fakta, dan mendesak beliau supaya keluar PAS, beliau tidak menjawab dengan hujah bernas dan bertamadun. Sebaliknya beliau melabel pandangan saya sebagi pro-UMNo! Inilah budaya politik ingusan yang ujud dikalangan ahli politik Malaysia mutakhir ini.

Ternyata YB Khalid Samad ketandusan hujah bila berdepan dengan pandangan saya menyanggah kenyataan beliau yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya Kristian diberikan hak menggunakan nama ALLAH sebagai Tuhan mereka dalam bentuk ALLAH mempunyai anak bernama Jesus.

Saya telah memberikan pandangan menyanggah tiga alasan yang beliau kemukakan berdasarkan nas, dalil, bukti dan fakta yang saya yakin benar. Malahan ternyata kepimpinan PAS sendiri menyokong pandangan saya. Diantaranya temasuk Musryidul 'Am PAS sendiri YAB Tok Guru Nik Aziz yang membantah Kristian diberi hak mengguna nama ALLAH dalam bentuk yang syirik. Timbalan Presiden PAS YB Ustadz Nasharuddin Mat Isa turut sama menyokong saya sebagaimana saperti yang disiarkan oleh akhbar-akhbar perdana hari ini. Mereka juga turut memberikan hujah-hujah, nas dan dalil yang mantap untuk menyokong pendirian mereka.

Tetapi bagaimana cara YB Khalid membalas hujah-hujah ini; beliau sekadar melabelkan pandangan ini dengan melabelnya sebagai pro-UMNo. Tidak mampu berdepan dengan hujah, beliau mematikannya dan cuba menyelewengkan pandangan dengan melabel pandangan orang lain. Ini ternyata menunjukkan ketidakmatangan dalam berhujah! Pelajar tadika pun lebih baik akhlaknya dalam meraikan perbezaan pendapat.

Beliau menyatakan saya tidak ada hak untuk menegur beliau. Apakah saya sebagai wakil rakyat Pakatan Rakyat tiak berhak menegur beliau. Sokongan beliau kepada pihak Kristian mungkin akan menggembirakan segelintir kumpulan, tetapi apakah beliau fikir Pakatan Rakyat tidak memerlukan sokongan dan undi umat Islam, apakah bangsa Melayu terlalu murah pada fikiran beliau sehingga boleh diketepikan begitu sahaja perasaan dan sentimen mereka. Sebagai wakil rakyat PR saya berhak menegur supaya Pakatan Rakyat tidak kehilangan sokongan dan undi umat Islam dan bangsa Melayu. Saya berani menegur beliau agar rakyat terutamanya umat Islam bangsa Melayu meletak keyakinan dan kepercayaan bahawa PR bukan sahaja akan membela kaum dan penganut agama lain, malahan PR juga komited untuk mempertahan dan membela umat Islam termsuk bangsa Melayu.

Kalau saya diberi maklum oleh kepimpinan PR bahawa agenda Islam dan Melayu tidak ada dalam PR, maka saya tidak akan teragak-agak keluar daripada PR. Namun saya berbangga dan kagum kerana pemimpin besar PR sendiri iaitu DSAI telah berkali-kali menegaskan, samada secara private mahupun secara terbuka, bahawa PR tetap komited terhadap perjuangan umat Islam dan bangsa Melayu disamping tidak menafikan hak dan kebajikan kaum dan penganut agama lain selagi tidak bercanggah dengan Perlembagaan. Malah saya sangat selesa bersama dengan Pakatan Rakyat kerana adanya Tok Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi, Ustadz Nasharudin Mat Isa, Tuan Guru Dr. Harun Din, Dato' Ismail Kamus dan banyak lagi ulama' dan 'ilmuan Islam yang masih lagi waras dalam pemikiran dan tindak-tanduk mereka berdasarkan Islam dan perjuangan ikhlas ini.

Namun malang karektor dan watak saperti YB Khalid dan yang sewaktu dengannya telah memberi tanggapan dan imej negatif dan buruk kepada perjuangan Islam didalam Pakatan Rakyat. Ramai dikalangan umat Islam dan bangsa Melayu hampir kehilangan keyakinan dengan perjuangan Islam dan bangsa Melayu dalam Pakatan Rakyat kerana adanya karektor dan spesis saperti YB Khalid ini. Jika dibiarkan tanpa teguran dan amaran kepada spesis saperti ini, saya cukup yakin sokongan dan keyakinan umat Islam dan bangsa Melayu terhadap Pakatan Rakyat akan terhakis dan pudar.

Saya memberi amaran kepada YB Khalid dan mereka yang sewaktu dengan beliau perlu ingat, majoriti penduduk dan pengundi dalam negera Malaysia ini masih orang Melayu beragama Islam! Jangan ingat kerana orang Melayu beragama Islam bertolak ansur dan bersabar, tidak bising dan tidak riuh rendah maka mereka boleh ditolak-tolak dan diperkotak-katikkan. Kelak nanti mereka akan menghukum Pakatan Rakyat sekiranya spesis saperti YB Khalid ini terus dibenarkan bermaharaja lela. Teguran saya secara ikhlas dan terbuka terhadap beliau berdasarkan hujah bernas dan berdalil itu tidak lain hanyalah untuk menunjukkan kepada umat Islam bangsa Melayu di Malaysia bahawa dalam Pakatan Rakyat nasib dan maruah umat Islam masih dibela dan dipertahankan, agar mereka terus yakin dan menyokong Pakatan Rakyat
Sendiri

Sebab itu saya mengambil sikap menegur beliau dengan secara terbuka, kerana beliau mempermainkan perasaan dan sentimen umat Islam bangsa Melayu secara terbuka. Apakah beliau sudah merujuk kepada 'ulama dan ilmuan dalam PAS sebelum mengambil sikap dan membuat kenyataan menyokong puak Kristian secara terbuka. Ternyata tidak, kerana pendirian beliau bercanggah samasekali dengan pandangan dan pendirian Mursyidul 'Am dan kepimpinan PAS. Malahan beliau pernah ditegur secara tegas dan terbuka oleh ulama' PAS YB Ustadz Taib Azzamuddeen dalam sidang Parlimen berkaitan isu ALLAH Kristian ini, sehingga ianya tercatat dalam Hansard Parlimen. Saya sendiri sebelum membuat kenyataan dan ulasan mengenai isu ini telah merujuk kepada beberapa orang ulama' termasuk kepimpinan PAS, juga para 'ilmuan dan intelek termasuk para peguam kanan dan mereka yang arif dalam isu ini. Malah saya telah membuat kaji selidik dan pertanyaan kepada kalangan rakan Kristian termasuk digereja mengenai pandangan mereka sebelum membuat ulasan saya dalam isu ini.

Saya mengambil sikap yang mudah. Siapa yang menghina Islam, maka mereka adalah musuh saya walaupun duduk satu parti dengan saya. Sesiapa yang membela dan mempertahankan Islam adalah sahabat saya walaupun berlainan parti. Apatah lagi mereka yang bukan sahaja sanggup menggadai perkahwinan mereka, malah sanggup menjual nama ALLAH! Itulah adalah sebesar-besar musuh saya. Dan saya sedikit pun tidak gentar atau takut dengan celaan mereka yang mencela. Saya tetap akan berkata yang hak walaupun pahit untuk ditelan. Yang penting Islam mesti dipertahankan, maruah umat Islam mesti dibela "at all cost"!!

Sekiranya ulasan dan komen saya tidak betul, sila tunjukkan dimana ianya tidak betul berdasarkan hujah, nas, dalil dan bukti serta fakta. Kalau setakat melabel pandangan saya sebagai pro UMNO tanpa nas, fakta dan dalil, saya kira itu adalah sekadar pilitik hingusan yang langsung tidak menunjukkan kematangan dalam berpolitik. Saya ingat pelajar Tadika Pasti lebih bijak dalam hal ini. Tetapi begitulah cara politik murahan yang di amal oleh segelintir manusia. Saya merujuk semula pandangan dan komen saya dalam kes Nik Amalina anak Tok Guru Nik Aziz yang memberi komen dan teguran terhadap segelintir mereka yang tidak mempertahankan ayahandanya. Bukan sahaja mereka tidak menjawab hujah dan teguran Nik Amalina dengan nas dan hujah yang bernas, mereka cuba menutup mulut Nik Amalina dengan melabel beliau sebagai pembuka pekung, pengkhianat parti dan lain-lain. Na'uzubillah min zaalik.

Saya telah mengemukakan bukti dan fakta bagaimana tindak-tanduk YB Khalid bercanggah dengan arus perjuangan PAS. Malah sikap beliau adakalanya memalukan PAS dan kepimpinannya sendiri. Sebab itu saya sekali lagi menyeru YB Khalid supaya menimbang untuk keluar daripada PAS, kerana saya berpendapat sikap dan tindak-tanduk beliau akan menghakis kepercayaan dan keyakinan umat Islam kepada perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Malah saya berpendapat sikap dan tindak-tanduk beliau lebih sesuai untuk beliau duduk bersama dengan DAP. Tetapi itu hak beliau untuk memikirkannya.

Wallahu a'lam dan wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
178 Muharram 1431
04 Januari 2010


apabila kenyataan rasmi PAS

Gerakan Islam terbesar tanahair, Parti Islam Se-Malaysia hari ini menyatakan sokongan kepada penggunaan Allah oleh masyarakat Kristian Katolik.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dibacakan Ketua Penerangan Idris Ahmad lewat jam 11.45 malam tadi, Presiden Pas Abdul Hadi Awang berkata sokongan ini konsisten dengan prinsip Islam dan Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan ini dicapai Lajnah Politik Pas selepas bermesyuarat hampir tiga jam di Pejabat Agung Pas Kuala Lumpur.

Biro pimpinan terkanan Pas menegaskan bahawa penggunaan nama Allah oleh penganut-penganut agama samawi - Islam, Krsitian dan Yahudi - boleh diterima.

Pendirian ini konsisten dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh Islam tanahair sebelum ini.

Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin dan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dinobatkan antara 500 pemimpin Islam paling berpengaruh di dunia turut menyokong penggunaan nama Allah oleh penganut agama Kristian.

Dalam nada tegas, Pas memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak menyalahguna nama Allah demi politik atau untuk mengelirukan masyarakat.

"PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat,"

Kes 'Allah' ini menguja kembali sejarah konflik antara masyarakat majmuk di negara ini, yang pernah terjerumus dalam rusuhan berdarah pada 13 Mei 1969.

Sebuah kumpulan pro-Melayu, Pribumi Perkasa, merancang untuk menganjurkan tunjuk perasaan pada Jumaat depan di masjid-masjid utama negara sebagai tanda bantahan.

Kerajaan Pusat turut berikrar untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan nama Allah oleh warta katolik, The Herald, minggu lalu.

Pas, selaku gerakan Islam terbesar negara, melalui presidennya Abdul Hadi Awang memberi amaran bahawa ia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menghasut atau mengambil tindakan provokasi yang boleh membawa kepada ketegangan agama.

keyataan Parti Islam Se-Malaysia

yang dikeluarkan oleh Presiden parti selepas bermesyuarat hampir tiga jam di Pejabat Agung Pas Kuala Lumpur adalah konsisten dengan pandangan Khalid Samad

khalid20samad.jpg image by malaysianunplug

Isu ini sebenarnya telah banyak dikupas oleh beberapa pihak. Namun begitu, saya ingin menyentuhnya secara ringkas supaya umum memahami pendirian saya berhubung isu ini.

1. Al-Quran sendiri mempunyai banyak ayat-ayat yang menunjukkan bahawa orang bukan Islam, samada golongan musyrikin, Yahudi mahupun Nasrani menggunakan perkataan ‘Allah’ apabila mereka memaksudkan Tuhan semesta alam. Maka, sekiranya kita ingin menentukan hukum berhubung persoalan ini, Al-Quran adalah rujukan pertama. Sekiranya Al-Quran sendiri mengiyakannya, bagaimana kita hendak menafikannya? Di mana hendak kita simpan ayat-ayat yang mengatakan orang bukan Islam juga menggunakan perkataan Allah untuk memaksudkan Tuhan semesta alam seperti “Wa Kaalatil Yahudu Uzair ibnu Llah” yang bermaksud “Dan berkata orang-orang Yahudi Uzair adalah anak Allah”?

2. Rasulullah (SAW) tidak pernah menghalang penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam. Ini adalah kerana Allah adalah Tuhan semesta alam, termasuk Tuhan orang-orang yang kufur terhadapNya. Sekiranya Rasulullah (SAW) tidak melakukan itu, apa sebab kita ingin melakukannya? Kaedah membezakan ‘Allah’ dengan apa yang disembah orang Kuffar dengan menggunakan nama yang khas dan berbeza tidak digunakan Rasulullah (SAW). Tidakkah ada hikmatnya?

3. Perbezaan di antara orang Islam dan orang bukan Islam bukan penggunaan perkataan ‘Allah’ tetapi atas kefahaman sifat-sifat Allah. Islam mengajar ummatnya bahawa Allah itu Esa, tidak beranak dan tidak juga diberanakkan, tiada sekutu dan Allah adalah pemilik nama-nama yang terpuji yang terkandung dalam 99 nama Asma ul Husna. Perbezaan kefahaman inilah yang hendak ditonjolkan dan diperjelaskan, bukan nama yang berbeza.

4. Kesedaran bahawa Allah bukan tuhan orang Islam semata-mata tetapi Tuhan seluruh alam semesta, termasuk orang-orang bukan Islam adalah kefahaman yang tepat. Ini akan memantapkan aqeedah orang Islam sendiri dan menghalang mereka dari mengeluarkan kata-kata, sebagai contoh, “Allah adalah Tuhan orang Islam” dan “Krishna adalah Tuhan orang-orang Hindu” dan sebagainya. Kata-kata sebegini adalah kata-kata yang boleh membawa kepada kekufuran kerana (1) Menghadkan ketuhanan Allah kepada orang Islam sahaja dan (2) Mengiktiraf adanya Tuhan yang lain bagi agama lain.

5. Secara umum, kefahaman ummat Islam adalah bahawa semua manusia percaya Allah adalah Tuhan semesta alam. Ini kita rumuskan dari ayat Al-Ankabut 61,63. Ini diperkukuhkan lagi melalui Ayat Al-A’raf 172: “Alastu biRabbikum? Kaaluu Bala Shahidna” yang bererti “Bukankah Aku (Allah) Tuhan kamu? Mereka semua menjawab Benar dan kami menjadi saksi (akan kebenaran itu)”. Namun ramai menjadi kufur apabila mereka menyengutukanNya dengan yang lain atau meletakkan kepadaNya sifat yang mustahil seperti memerlukan, pelupa, lemah, mempunyai anak dan sebagainya. Sebagai contoh ayat Al-Maaidah 73: La Kad kafaralladzina Kaluu innaLlaha thalithu thalaathah” yang bermaksud: telah menjadi kafir mereka yang mengatakan Allah adalah satu daripada tiga.

6. Perkataan ‘Allah’ seperti yang saya sebut dalam Parlimen tidak merupakan nama peribadi tetapi merupakan perkataan ringkasan dari cantuman ‘Al’ dan ‘ilah’. Ilah atau ‘benda yang disembah dan dipertuhankan’ memang banyak, termasuklah nafsu sendiri yang dipertuhankan sebahagian manusia. ‘Al-Ilah’ yang diringkaskan kepada ‘Allah’ membawa erti ‘Tuhan semesta Alam’. Apabila ini difahami orang Islam, maka mereka akan memahami juga maksud sebenar kalimah syahadah “La ilaha illa Llah” iaitu “Tiada yang dipertuhankan melainkan Tuhan” atau dalam terjemahan bahasa Inggerisnya “There is no god but God” (lower-g and capital-G). Terjemahan Inggeris ini adalah terjemahan rasmi kerajaan Saudi Arabia. Kerajaan Saudi ada juga yang tersimpang dari ajaran Islam dalam beberapa perkara, namun dalam soal ini, ianya merupakan terjemahan yang amat tepat. Namun begitu Zahid Hamidi pasti akan menjawab “Oh, Saudi? Mereka Wahabi!”.

Berdasarkan apa yang disebut di atas, insyaAllah dapat difahami bahawa ada juga manfaatnya kepada ummat Islam sekiranya orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah. Ummat Islam akan menjadi lebih jelas berhubung agama mereka sendiri dan persoalan perbezaan Islam dan agama lain dalam konsep keTuhanan. Manfaat inilah yang ingin kita perolehi.

Kedua, yang tidak kurang pentingnya dan perlu kita sedari apa sebenarnya yang diinginkan oleh pihak BN. Mereka ingin menggunakan isu agama untuk melaga-lagakan rakyat Malaysia. Mereka ingin mengambarkan seolah-olah orang bukan Islam menghina Islam dan ummatnya dengan menuntut hak menggunakan perkataan ‘Allah’. Oleh yang demikian, keadaan sebenar perlu diperjelaskan supaya keadaan ini tidak diambil kesempatan oleh mereka.

Ketiga, perbezaan pendapat di antara MP PAS berhubung isu ini hanya dari sudut kebijaksanaan dan siyasah syariiyah. Memandangkan keadaan ‘kejahilan’ ummat Islam sendiri dewasa ini, ada yang khuatir penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh yang bukan Islam akan menyebabkan kekeliruan. Pandangan saya pula, ummat Islam sedang dalam kekeliruan. Penjelasan perlu dilakukan supaya dapat dilenyapkan kekeliruan ini. Isu ini membantu kita untuk membuat penjelasan tersebut. Keadaan kejahilan ummat Islam tidak akan lenyap dengan sendirinya. Kita tidak boleh membenarkan kejahilan berterusan juga. Oleh itu, melalui isu ini, penjelasan dapat dilakukan.

Ini sahajalah yang ingin saya nyatakan berhubung persoalan ini. Majlis Syura Ulama’ PAS akan bersidang untuk membincang isu ini. Apa yang diputuskan akan saya terima sebagai pendirian rasmi PAS.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

di harap YB Zul Kulim ikutlah nasihat Ust Zokharnain kepada beberapa pemimpin PAS supaya
"jangan laju sangat"

Jangan Terlalu Laju, Bahaya!

Ada orang Umno yang marah kalau saya kata Umno memang seronok dengan keputusan mahkamah mengenai penggunaan nama Allah.

Macam mana pula, bukankah ada gambar orang Umno mengangkat tangan membantah penggunaan nama itu oleh akhbar berkenaan?

Dan, jangan lupa, gambar yang mengangkat tangan itu adalah orang Umno Pulau Pinang. Mengapa Pulau Pinang?

Agaknya begini…

SATU - Umno berharap sangat supaya PAS bangun menentang keputusan mahkamah itu, kalau boleh bermati-matian, berdemontrasi besar-besaran.

Harapan mereka bila PAS bertindak sebegitu, sedikit sebanyak akan menyumbang kepada rasa tidak puas hati di kalangan pendokong PKR yang beragama Kristian.

Rasa tidak puas hati itu mungkin akan diluahkan. Pada waktu itu Umno berjaya memasukkan jarumnya untuk memecahkan kesepaduan Pakatan Rakyat.

Kalau ini berlaku, perangkap Umno memang mengena. Hasrat Umno untuk memburukkan PAS pada mata orang-orang bukan Islam dikira berjaya.

DUA - Katakan pula PAS menyokong keputusan mahkamah iaitu membenarkan penerbitan bukan Islam menggunakan kalimah Allah, Umno memasukkan pula jarumnya di kalangan orang Islam.

PAS tidak lagi berjuang Islam kerana menyokong keputusan mahkamah itu. Pada masa itu, imej PAS di kalangan orang Islam sendiri diburukkan oleh Umno.

Umno boleh mencanang kemana-mana, PAS bukan berjuang Islam sebab menyokong keputusan tersebut. Perangkap Umno mengena lagi kalau PAS mengambil sikap begini.

TIGA - Katakan PAS diam sahaja, ini pun akan dicanangkan juga oleh Umno. Tengok, PAS sudah jadi kuda tunggangan DAP, tidak berani membela agama sendiri kerana menjaga hati DAP.

Kalau PAS berani mengapa diam? Belalah agama…! Kesitu pulak perginya Umno.

PAS ada keutamaannya, membela agama. Mana satukah makna membela agama yang sebenar? Berkelahi dengan orang bukan Islam atas isu penggunaan nama Allah? Atau, tampilkan Allah sebagai Tuhan yang menurunkan rahmat untuk semua termasuk kepada orang bukan Islam?

Mana lebih besar mudaratnya? Orang Kristian guna nama Allah dalam penerbitan mereka? Atau, membiarkan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, perampasan hak berleluasa?

Saya sering terpandang di cermin-cermin kenderaan stiker yang bertulis, ‘Speed Kills’ . Saya harap Ustaz Idris dan Ustaz Nasharudin jangan terlampau laju. Bahaya ustaz…!

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: