Monday, January 11, 2010

-Terima Kasih Dato' Salehuddin Hashim.. Jasamu dikenang.. Selamat bertugas YB Saifuddin Nasution Ismail..

Tarikh: 10 Januari 2010
PERLETAKAN JAWATAN SETIAUSAHA AGUNG PARTI KEADILAN RAKYAT..



Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat telah diadakan semalam dan antara perkara lain isu perletakan jawatan Setiausaha Agung oleh Datuk Salehuddin Hashim telah dibincangkan. Dengan berat hati, kami menghormati keputusan beliau dan menerima perletakan jawatannya mulai 31 Januari 2010.

Bagi pihak Parti, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Salehuddin atas perkhidmatan cemerlang beliau sebagai Setiausaha Agung sejak April 2008 dan juga sebagai Setiausaha Pengelola dari tahun 2004 hingga 2008.



Memandangkan masa peralihan yang pendek serta tugas-tugas penting yang perlu dijalankan segera, saya telah melantik Saifuddin Nasution Ismail, yang merupakan Ahli Parlimen Machang, sebagai Setiausaha Agung baru dan perlantikan beliau telah diterima Majlis Pimpinan Pusat semalam.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: