Wednesday, January 27, 2010

-Kekalkan kemakmuran 2..

Selangor Kutuk Perbuatan Lontar Khinzir Ke Masjid..

Kerajaan Negeri Selangor mengutuk perbuatan melontar kepala khinzir di Masjid Jumhuriyah di Taman Datuk Harun dan Masjid Masjid Al-Tarmizi di Taman Sentosa.

"Kami percaya perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu beniat jahat dan bertujuan untuk menghasut permusuhan di antara masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.
"Kami menyeru agar penduduk berdekatan kawasan masjid tersebut dan Rakyat Selangor amnya mengambil sikap tenang dalam menghadapi situasi ini kerana sebarang perbuatan atau kenyataan ekstrem hanya akan memudaratkan lagi keadaan.

Jika perkara ini berlaku, kita akan terjerumus dalam perangkap mereka yang mahu menimbulkan kekeliruan dan benci diantara kita," kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu kenyataannya hari ini.
Sehubunganya itu, kerajaan negeri menyeru pihak polis menyegerakan siasatan agar mereka yang terlibat dibawa kemuka pengadilan dan bersedia untuk memberi bantuan jika perlu.
"Kami menegaskan bahawa sebarang serangan ke atas rumah beribadat tidak direstui oleh mana-mana ajaran agama. Saling menghormati dan toleransi adalah elemen penting bagi menjamin kestabilan dan keamanan masyarakat pelbagai kaum dalam negara seperti Malaysia," kata beliau.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: