Friday, January 22, 2010

Nazree Gerak Masuk PKR:Telahan Kak Nora yang mengatakan Nazree Gerak Masuk UMNO meleset sama sekali


Nazree GERAK Masuk PKR!



Nazree GERAK Umum Masuk PKR?

Nazree Yunus yang menggantikan Ezam Mohd Noor sebagai Pengerusi Gerak akan umumkan beliau masuk PKR telah di umumkan malam tadi semasa program di Puchong.

Pengumuman ini diatur Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin.

Nazree pada satu ketika dahulu selalu heboh dengan lembu dan tayar kereta.

Dari apa yang difahamkan Nazree juga telah bersedia untuk membocorkan
peranan Ezam dalam beberapa kelentongan yang terdahulu

Walaupun beberapa ketika yang lepas kak nora terpedaya dengan kelentong bodoh geng - geng i United MukEeE yang sekadar nak menjatuhkan mentaliti pejuang - pejuang penegak keadilan seperti Kak Nora.

Ini lah poosting Kak Nora beberapa minggu yang lalu;
Gambar kenangan Demo Anti ISA


Nora dah lama tak menulis. Agak sibuk dengan macam-macam kerja. Berniaga, jaga anak kecil baru...hihihihi..nanti Nora cite fasal tu tetapi Nora terpanggil untuk menulis hari ini kerana teman Nora – Nazree yang dikatakan melangkah ke UMNO. Nora agak terkilan sedikit kalau berita itu benar.

Nora try nak call Nazree, mana lah tau boleh bagi sedikit pendapat tetapi malang sekali , call Nora tidak berjawab. Mungkin mereka yang nak masuk UMNO selalu jadi macam tu..dah tak jawab call. Nora ingin menyatakan Nora agak terkilan dengan berita itu, harap-harap ia tidak tepat atau harap-harap ia tidak berlaku. Nora kenal dengan Nazree, Nora selalu menyangka kalau Nazree masuk politik beliau akan masuk PAS atau PRK namun kenyataan kemungkinan beliau masuk UMNO di harap tidak akan merenggangkan hubungan antara Nora dengan Nazree. Nora dengan Nazree sudah agak rapat.

Dari satu tempat kerja kepada bergerak untuk berkempen pada PRU 12 di Rembau bersama-sama Che Bard. Kita sering berbicara mengenai perjuangan, sering Nora mendapatkan pendapat beliau mengenai hal berkaitan dengan agama dan turut mempelajari sedikit sebanyak perkara-perkara baru dengan beliau. Namun ketentuan politik agar berbeza. Kalau Nazree melangkah masuk UMNO – Nazree masih kawan buat Nora. Nora percaya beliau akan jadi ahli UMNO yang lain dari ahli UMNO yang lain – lebih menyeluruh dalam perjuangan. Namun Nora terkilan – sewaktu demo menentang ISA – Nazree dan Nora berada di barisan depan dengan Chegu Bard sewaktu protes ISA. Banyak kenangan perjuangan namun mungkin ia satu kenangan perjuangan.

Apa pun Nazree mungkin tahu arah tujuan nya dan Nora akan tetap bersama – sama Pakatan Rakyat dalam memperjuangkan apa yang Nora percaya dan yakin benar. Bagai kata Che Bard – Selamat Jalan Nazree kita tetap kawan
.
Begitulah telahan Kak Nora minggu lalu yang mungkin terpedaya seketika dengan Dakyah - Dakyah "gila UMNO,maka begitulah ragam politik,tak sebegitu yang kita sangka kan...
Pada Kak Nora...Lee harap Doa kesyukuran setinggi pucuk kita panjatkan,banyak lagi nikmat yang maha esa itu yang kita tak perasan luas nya.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: