Thursday, January 21, 2010

Serbu Pejabat Yaakob Sapari : Serangan MuNkEeE dah Bermula



Semalam ketika berlangsung forum anti - GST di dewan Perhimpunan Cina selangor,Ajai naib ketua AMK Shah alam telah memaklumkan tentang penahanan Hussein Ahmad iaitu salah seorang pegawai YB Yaakob Sapari di pejabat SUK kerajaan negeri di tingkat 14.

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari di Shah Alam tengah hari Semalam dengan tujuan untuk menahan pegawai YB yaakob yang kononnya akan di kaitkan dengan penjualan pasir ke singapura seperti yang di laporkan dalam laman blog pejuang pro demokrasi semalam.


Dipercayai pegawai SPRM telah mengarahkan setiausaha kerja exco tersebut, yang dikenali sebagai Hussein Ahmad, datang ke pejabat SPRM Selangor untuk disoalsiasat.





Menurut sumber-sumber,kononnya satu laporan telah dibuat kepada SPRM terhadap Hussein (berdiri) berhubung dakwaan rasuah membabitkan penjualan pasir.

Yaakob adalah pengerusi pengurusan sumber alam dan pembangunan Usahawan negeri.


Difahamkan, lima pegawai SPRM, yang diketuai oleh Penguasa Premraj Victor, masih berada di pejabat Yaakob.


Sementara itu, jurucakap sekretariat media kerajaan negeri berkata, siasatan SPRM itu dipercayai ada kaitan dengan isu pasir.


Menurutnya, SPRM mahu menahan Husin tetapi dibantah oleh kakitangan di pejabat itu kerana pekeliling kerajaan Selangor tidak membenarkan soalsiasat di luar pejabat dan di luar waktu pejabat






Turut kelihatan di situ sebelum ini ialah penasihat undang-undang negeri, Salim Bashir dan pengerusi kesatuan pegawai khas Pakatan Rakyat, Razak Ismail.


Difahamkan insiden ini ekoran pertelingkahan tentang pengurusan syarikat kaitan kerajaan, kumpulan Semesta yang menguruskan penjualan pasir.

Sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri Selangor, didakwa banyak kes kecurian pasir.

Oleh itu, ia diserahkan kepada Kumpulan Semesta untuk mengendalikannya dan ia terletak dalam bidangkuasa Yaakob selaku yang bertanggungjawab terhadap portfolio tersebut.


Namun begitu, difahamkan masih terdapat aduan yang diterima termasuk dari kalangan ADUN Pakatan sendiri.






Malah, ADUN Bukit Antarabangsa dari PKR, Azmin Ali juga pernah menegur prestasi kumpulan Semesta dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.


Sementara itu, Yaakob memberitahu pemberita bahawa SPRM menyiasat dua perkara, iaitu kelulusan penjualan pasir dan lawatan beliau ke negeri China November lalu.

Katanya, pegawai SPRM itu mengambil tiga dokumen, iaitu profail syarikat berkaitan dengan penjualan pasir dan dokumen kedua lawatannya ke Hang Zhou dan Yiew (November) dan lawatannya ke Beijing minggu lalu. Hussein turut mengikuti lawatan ke China itu.


Yaakob menyifatkan tindakan SPRM itu sebagai satu langkah yang sengaja untuk memalukannya.

Pada masa ini, tiga exco kerajaan negeri berada di pejabat Yaakob. Mereka ialah Ronnie Liu, Elizabeth Wong dan Dr Xavier Jayakumar.

Pegawai SPRM masih lagi mengambil kenyataan daripada Hussein.






Pada kira-kira jam 3.35 petang, SPRM membawa Hussein ke ibupejabat suruhanjaya itu di Putrajaya untuk siasatan lanjut.


Sebelum itu, berlaku sedikit kekecohan apabila seorang pegawai di situ meminta lima pegawai SPRM tersebut supaya mengisi borang lawatan tetamu ke pejabat tersebut.


Pada mulanya, mereka enggan enggan mengisi borang tersebut, tetapi selepas didesak Yaakob, maka pun berbuat demikian.


Yaakob dan penasihat undang-undang negeri, Salim, turut mengikut Hussein ke Putrajaya.


Difahamkan SPRM mempunyai waran untuk menahan Hussein untuk siasatan lanjut.Yang peliknya di sini sikap ke'pondan'nan SPRM di pertikaikan,ingatkah lagi pada ketika Khir toyo di babitkan dengan skandal pembinanan banglo Balinya,SPRM hanya bersikap "buat tutup mata".Begitu juga penyelewengan Khir Toyo ke disneyland dengan menggunakan wang peruntukan kerajaan Negeri juga "tak di endah" kan oleh SPRM.


Di sini jelas kita perhati SPRM sudah tampak jelas menjadi "Barua" kepada geng United MuNkEeE(UMNO) yang kini mungkin sedang menerima arahan untuk memulakan "serangan" awal tahun keatas kubu - kubu pakatan rakyat dengan "cara kotor".


Lihatlah begitu jelas sekali di sini di lihat SPRM kini menjadi "anjing" arahan United MuNkEeE yang "di suruh" untuk melakukan serangan bertubi - tubi ke arah pemimpin - pemimpin Pakatan.


Adakah selepas membawa Hussien Ahmad ke pejabat SPRM maka kita akan melihat satu lagi drama "ugutan campak dari tingkat 16" sekali lagi?


Adakah En. Hussein ahmad akan menjadi Mangsa "soal siat - siat" dan "Teoh Beng Hock" yang kedua? Kerana di sini di pertikaikan ketelusan SPRM.Bila ada kesalahan yang berlaku di pihak Pakatan seperti halilintar mereka mengambil tindakan drastik.


Tetapi apabila kebobrokan itu berlaku di pihak United MuNkEeE dimana kah kehebatan pegawai - pegawai mereka?


Mana Fail kes V.K Linggam? Mana Fail Kes Scomi? mana pendakwaan ke atas Khairy jamaluddin dan Khir Toyo dan yang paling terbaru kes Menteri Besar Negeri Sembilan Tok Mat Hasan yang membawa lari wang rakyat 10 juta Ringgit ke luar negara?Bagaimana dengan kes pembantu ketua menteri sabah yang kini di siasat oleh Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong?


Bagai mana dengan kes penyelewengan PKFZ yang melibatkan wang sebanyak RM12 billion? sedang kes yang tu pun tak selesai kenapa nak tangkap kes baru pulak?


Kala SPRM pandai sangat nak selesaikan kes mana laporan siasatan dengan kes pembelian Kapal selam?


Mana kertas siasatan untuk laporan kewangan SUKOM 98 yang telah di audit? SPRM patut tanya Pada kerajaan United MuNkEeE kemana menghilang Laporan kewangan SUKOM 98?


Di sini di pertikaikan juga apa yang nak di bisingkan dengan Kunjungan beliau ke Hangzhou, China sedangkan kunjungan itu dibayar oleh kerajaan negeri dan diluluskan oleh Exco.Manakala Lawatan beliau ke Beijing juga dibayar oleh sebuah kelab di sekretariat negeri jadi apa yang kena mengena dengan penyelewengan kuasa?


Dalam pada itu dalam menjawab Aduan yang dibuat mendakwa Hussein secara tidak sah meluluskan projek perlombongan pasir dan syarikat perlombongan terbabit pula menaja kunjungannya ke China,disini beritahu bahawa pejabat YB Yaakob tiada kuasa untuk meluluskan perlombongan pasir dan hanya kumpulan Semesta boleh memproses permohonan yang akan dikemukakan kepada Exco.


Ini juga menunjukkan SPRM tiada kes terhadap Hussein kerana dokumen-dokumen menunjukkan beliau tidak bersalah kerana Ini adalah satu kes yang lurus. SPRM sengaja melakukannya untuk memalukan pejabat YB Yaakob.


YB Yaakob juga mengesahkan tiga dokumen telah diambil oleh SPRM, semuanya berkaitan dengan urusan perlombongan pasir bukannya jualan pasir di sini di pertikaikan dari celah mana SPRM mengatakan ia satu penyelewangan penjualan PASIR?


Dalam pada itu, pegawai-pegawai SPRM bertegas pada pukul 3.30 petang untuk menahan Hussein walaupun pada mulanya dihalang .


Hussein dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya dengan diiringi Abg. Leman, Ajai, Sarawanan dan beberapa AMK Shah Alam. Beberapa Pimpinan Keadilan turut hadir silih ganti hingga tengah malam. Antaranya Ginie Lim dan AMK Kota Raja.


JELAS SEPERTIMANA AMARAN SAYA DALAM POSTING YANG TERDAHULU,KINI UMNO TELAH MEMULAKAN SERANGAN JAHAT DALAM MERAMPAS SEMULA SELANGOR DENGAN CARA KOTOR,BUKTINYA PADA BEBERAPA BULAN SUDAH PEJABAT YB RODZIAH DI SERBU,KINI PEJABAT YB YAAKOB SAPARI PULA.SPRM JADI ANJING PADA UMNO UNTUK MENYERANG PAKATAN RAKYAT SECARA"DESPERADO"


No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: