Wednesday, January 13, 2010

Hantu dan Pelesit Melayu Serang Sentul Pula



Tak ada kerja lain ke? Lepas gereja, kini kuil Sikh pula diserang! Kuil Sikh di Sentul dibaling batu petang kelmarin yang merosakkan sebuah pintu kaca. Polis menemui kira-kira 20 ketul batu besar dekat pintu kuil terbabit. Kuil Gurdwara Sahib itu berusia 100 tahun.

Pastikah kita yang buat kerja nakal itu orang Islam? Saya tak percaya yang buat kerja bangang itu orang Islam, kerana orang yang berpegang kepada ajaran Islam sangat menghormati penganut agama lain. Mungkin yang melakukannya orang Melayu - jenis Melayu yang tidak memahami Islam, jenis Melayu yang berdemonstrasi di masjid-masjid Jumaat lepas tapi mengaji pun tidak habis, baca jawi pun tergagap-gagap.

Mungkin juga yang menyerang kuil Sikh itu orang bukan Islam dan bukan-Melayu, siapa tahu? Tapi kerana yang mempamerkan rasa marah keterlaluan terhadap penggunaan nama Allah itu orang Melayu, maka belum apa-apa orang sudah buat kesimpulan mudah: kerja nakal itu pasti dilakukan oleh orang Melayu!


Jika esok dan lusa kuil Hindu dan tokong Budha di tepi hutan diserang oleh sekawan gajah dan lepas itu gajah itu lari masuk hutan, orang akan berkata: itu pasti kerja orang Melayu! Padahal 'orang Melayu' yang menyerang kuil itu telah lari masuk hutan bersama-sama dengan belalai dan gadingnya sekali.


Mengapa jika ada rumah ibadat bukan Islam diserang, orang buat kesimpulan ia kerja Melayu? Ia salah Melayu, Melayu yang terlalu ghairah dengan isu ini, walaupun Mahkamah Rayuan belum membuat keputusan muktamad dan walaupun pendapat ulamak termasuk Yusuf Qardhawi tidak menghalang penggunaan nama Allah; tapi kita tak habis-habis menjerit.


Sekarang orang Melayu dilihat oleh penganut bukan-Islam seperti hantu dan pelesit yang gila menyerang rumah ibadat orang agama lain. Tapi ia salah orang Melayu sendiri yang terlalu ghairah dengan isu ini sehingga menampakkan mereka seolah-olah seperti hantu dan pelesit yang hanya tahu membuat kacau saja. Bukan salah orang lain, ia salah Melayu sendiri yang membina karektor jahat, karektor hantu untuk diri mereka sendiri!

Bangang!!!

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: